Judul : (KAMI SOKONG) Ismaweb pertahan diri, enggan tarik artikel terhadap Kasthur
link : (KAMI SOKONG) Ismaweb pertahan diri, enggan tarik artikel terhadap Kasthur
(KAMI SOKONG) Ismaweb pertahan diri, enggan tarik artikel terhadap Kasthur
KUALA LUMPUR - Portal berita milik Ikatan Muslimin Malaysia, Ismaweb.net menjelaskan artikel yang ditulis berhubung ucapan Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani itu bersumberkan rujukan dan fakta yang tepat.
Pengarang Ismaweb berkata, disebabkan faktor itu Ismaweb.net berdiri teguh dengan kandungan dalam artikel tersebut dan tidak akan menarik balik walaupun didesak oleh Kasthuriraani.
“Artikel itu ditulis oleh penulis luar, Ustaz Nu’man Mazlan. Setelah disemak oleh Ismaweb, kami mendapati bahawa tulisan itu berdasarkan kepada ucapan Kasthuriraani sendiri, serta bersumberkan rujukan dan fakta yang tepat.
“Dengan ini dinyatakan Ismaweb berdiri teguh dengan kandungan dalam artikel berkenaan dan tidak akan menarik balik,” katanya ketika dipetik dalam portal berkenaan, hari ini.
Kenyataan itu menyebut, Kasthuriraani pada 15 Oktober di Dewan Rakyat mendesak kerajaan meratifikasi Pengisytiharan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi dan Tiada Toleransi Berdasarkan Agama dan Kepercayaan.
"Prinsip untuk menghalalkan murtad terkandung dalam deklarasi tersebut," katanya.
Pengarang portal itu juga berkata, Kasthuriraani jelas merujuk kepada syor Suruhanjaya Kebebasan Agama Antarabangsa Amerika Syarikat (USCIRF) supaya pihak berkuasa agama memberhentikan tanggapan terhadap penganut Syiah dan Ahmadiah yang difatwakan sesat.
"Sehubungan itu, Ismaweb.net mengulangi pendirian tidak akan menarik balik artikel yang ditulis oleh Ustaz Nu'man yang disiarkan dengan tajuk 'Ahli Parlimen DAP desak kebebasan murtad, ajaran sesat' pada 15 Oktober 201
Kasthuriraani sebelum itu memberi Isma tempoh masa 48 jam bagi menarik semula artikel bertajuk, Ahli Parlimen DAP desak hak kebebasan murtad, ajaran sesat.
Kasthuriraani berkata, tajuk artikel berkenaan merupakan satu fitnah ke atas dirinya dan kini telah tular dalam laman sosial serta WhatsApp.
Menurutnya, susulan tajuk artikel berkenaan, beliau kini bimbang dengan keselamatan dirinya apabila menerima ancaman di media sosial antaranya "jangan bermain dengan api" dan lain-lain lagi. - SH
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel (KAMI SOKONG) Ismaweb pertahan diri, enggan tarik artikel terhadap Kasthur
Sekianlah artikel (KAMI SOKONG) Ismaweb pertahan diri, enggan tarik artikel terhadap Kasthur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (KAMI SOKONG) Ismaweb pertahan diri, enggan tarik artikel terhadap Kasthur dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/kami-sokong-ismaweb-pertahan-diri.html