Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak

Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak
link : Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak

Baca juga


Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak


Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan seorang bapa beragama Buddha untuk membatalkan sijil perakuan agama Islam dua anak yang dibuat bekas isterinya.
Datuk Azizah Nawawi dalam keputusannya membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh bapa berusia 46 tahun yang mencabar penukaran agama anak perempuannya yang berusia 10 tahun dan anak lelaki berusia lima tahun.
Beliau berkata, mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini iaitu dalam keputusan kes M Indira Gandhi.
Malah, katanya, tiada pertikaian kerana penukaran agama kanak-kanak itu dibuat tanpa kebenaran ibu dan bapa.
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan nama kedua-dua kanak-kanak itu dikeluarkan daripada senarai Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan manakala tiada perintah berhubung kos dibuat.
Mahkamah tidak membenarkan nama kedua ibu bapa dan dua kanak-kanak itu didedahkan kepada umum.
Bapa diwakili peguam K Shanmuga manakala ibu kanak-kanak itu yang berusia 42 tahun diwakili peguam Rohani Ibrahim dan Zulkifli Che Yong.
Pada 14 Jun 2016, lelaki itu (bapa) memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah certiorari supaya kad perakuan masuk Islam bagi dua anaknya dibatalkan serta-merta.
Dalam permohonan itu, beliau menamakan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Pendaftar Muallaf Wilayah Persekutuan, Ketua Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan dan ibu kanak-kanak itu sebagai responden.
Antara lain, lelaki itu turut memohon perintah mandamus supaya Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pendaftar Mualaf membatalkan serta-merta pendaftaran kedua-dua anaknya sebagai mualaf dalam rekod daftar mualaf.
Pasangan itu mendirikan rumahtangga pada 23 Disember 2006 sebelum memfailkan petisyen perceraian pada 11 Mei 2016 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Bekas isterinya sudah memeluk agama Islam pada 29 Disember 2015 sebelum menukar agama anak-anaknya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 11 Mei 2016.
Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.
Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir dibuat Indira berhubung kesahihan penukaran agama tiga anaknya iaitu Tevin Darsiny,21, Karan Dinish,20 dan Prasana Diksa 9, kepada Islam.
Mahkamah ketika itu memutuskan bahawa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf. - BH


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak

Sekianlah artikel Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa beragama Buddha BERJAYA batalkan sijil perakuan Islam dua anak dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/bapa-beragama-buddha-berjaya-batalkan.html

Subscribe to receive free email updates: