Judul : [ANWAR BELUM PM] Zunar dah mula serang Tun Mahathir dengan Kartunnya
link : [ANWAR BELUM PM] Zunar dah mula serang Tun Mahathir dengan Kartunnya
[ANWAR BELUM PM] Zunar dah mula serang Tun Mahathir dengan Kartunnya
Sekarang kartunis Zunar pula mula serang Tun Mahathir
KARTUNIS penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), Zunar mula menunjukkan kritikan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui kartunnya yang tersebar hari ini di media sosial.
Kartun tersebut menggambarkan Mahathir melencong dari jalan “Malaysia baharu” dan menuju ke arah mempertahankan dan membina legasinya, termasuk Formula 1, jambatan bengkok, Khazanah dan “Proton 2.0”
Kartunis politik yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Mahathir memerintah telah mula menunjukkan kritikan keras terhadap PH.
Sebelum ini, Zunar mengkritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang disifatkan mengutamakan hal-hal kecil seperti kasut hitam berbanding reformasi pendidikan yang lebih utama.
Zunar menjadi musuh ketat Mahathir sejak era reformasi bermula 1998 apabila beliau menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga menerbitkan banyak buku kartun bertema kritikan terhadap Mahathir, antaranya Lagak Pak Mahat.
Banyak kritikan melalui karikatur dibuat sepanjang tempoh pertembungan sengit PKR dengan Mahathir dan UMNO.
Antara kartun beliau yang paling diingati berkenaan Mahathir ialah menggambarkan bentuk litar Sepang menyerupai bentuk muka Mahathir.
Zunar juga menimbulkan kontroversi melalui beberapa kartunnya yang dianggap melampaui batas termasuk menghina agama dan peribadi pemimpin-pemimpin negara. – Mynewshub.tv
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel [ANWAR BELUM PM] Zunar dah mula serang Tun Mahathir dengan Kartunnya
Sekianlah artikel [ANWAR BELUM PM] Zunar dah mula serang Tun Mahathir dengan Kartunnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [ANWAR BELUM PM] Zunar dah mula serang Tun Mahathir dengan Kartunnya dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/anwar-belum-pm-zunar-dah-mula-serang.html