Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah

Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah
link : Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah

Baca juga


Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menepis cabaran debat daripada Fuziah Salleh, memintanya supaya tumpu kepada tugas kerajaan daripada membuang masa berdebat.
Beliau berkata sekarang ini ada banyak isu yang perlu diselesaikan oleh pencabarnya selaku seorang timbalan menteri hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.
Jangan buang masa dengan perkara macam ini. Ini mentaliti pembangkang yang masih tidak berubah,” katanya kepada pemberita pada sidang media di pelancaran kempen Girl2Leader hari ini.
Semalam, Fuziah mencabar Haniza Talha untuk berdebat tentang dakwaan Wanita PKR bawah kepimpinan Zuraida tidak membawa banyak perubahan dan berdepan banyak kepincangan.
Fuziah membuat cabaran itu selepas Haniza mempertahankan pencapaian sayap itu bawah Zuraida, seperti menjadi ejen pembuat keputusan.
Cabaran itu timbul ketika Fuziah sedang berkempen untuk jawatan ketua Wanita menentang Haniza pada pemilihan PKR 2018 yang akan berlangsung pada 14 September.
Zuraida akan melepaskan jawatan itu untuk bertanding jawatan naib presiden.
Fuziah termasuk dalam senarai 8 pemimpin dalam pasukan Rafizi Ramli, yang akan mencabar Datuk Seri Mohamad Azmin Ali untuk jawatan timbalan presiden. - FMT


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah

Sekianlah artikel Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buat kerja, jangan sibuk berdebat, Zuraida beritahu Fuziah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/08/buat-kerja-jangan-sibuk-berdebat.html

Subscribe to receive free email updates: