[VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH?

[VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH?
link : [VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH?

Baca juga


[VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH?



ALOR SETAR - Penularan fahaman Syiah melemahkan lagi umat Islam di negara ini dan mewujudkan perpecahan selepas berlaku perpecahan disebabkan faktor politik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila wujudnya dua kelompok antara Syiah dan Sunni, berlakunya permusuhan sehingga berperang serta saling berbunuhan.

Beliau berkata, keadaan sedemikian dapat dilihat berlaku di Pakistan dan Iran.

Kita di sini bernasib baik kerana semua berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita orang Sunni pengikut mazhab Imam Shafie.
“Jadi sepatutnya, tak adalah perbezaan agama antara kita (umat Islam)... tak ada permusuhan. Bila masuk fahaman yang berbeza ini akan berlaku perpecahan,” katanya ketika meluangkan masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu, semalam.

Dr Mahathir berkata, umat Islam adalah bersaudara sebaliknya apabila wujud fahaman berlainan akan membawa pelbagai masalah.

Tak eloklah kalau kita tengok di Malaysia ada masjid untuk orang berfahaman Syiah dan ada masjid untuk mereka yang Sunni. Sehingga kini kita pergi ke masjid yang sama, kita tidak harus berpecah.
“Mereka (Syiah) nak faham agama mereka begitu, mereka punya masalah tetapi jangan sampai bawa ke negara kita,” katanya.

Ditanya pendapat beliau agar fatwa anti-Syiah diwartakan di negeri-negeri lain seperti yang dicadangkan Kerajaan Kedah, Dr Mahathir berkata, pihak berkenaan perlu membuat kajian teliti.

Mereka patut kaji. Saya fikir alasan yang saya berikan perlu dipertimbangkan. Ini kerana kalau berlaku perpecahan kalangan orang Islam, mereka akan menjadi lebih lemah.
“Sekarang dah lemah dah... berpecah sebab politik, ini mai satu lagi pecahan dalam agama habis bergaduhlah kita,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Kedah mencadangkan untuk menggazet fatwa anti Syiah di negeri ini selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan pada 5 Mei 1996.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dibuat berikutan Kedah juga tidak bebas daripada penularan fahaman itu.

Sebelum ini, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/tun-m-syiah-lemahkan-umat-islam-1.185602


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH?

Sekianlah artikel [VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] Kenyataan "Mahathir minta Sunni terima Syiah" adalah FITNAH? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/07/video-kenyataan-mahathir-minta-sunni.html

Subscribe to receive free email updates: