Judul : (TIDO LOKAP) Mahkamah tidak benar jamin Jamal
link : (TIDO LOKAP) Mahkamah tidak benar jamin Jamal
(TIDO LOKAP) Mahkamah tidak benar jamin Jamal
AMPANG JAYA - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang menghilangkan diri sejak sebulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan melarikan daripada jagaan pihak polis Mei lalu.
Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia didakwa dengan sengaja telah melepaskan diri daripada jagaan pihak polis yang ditahan secara sah di sisi undang-undang bagi kesalahan yang telah dipertuduhkan iaitu dua kes di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ampang dan satu kes mengikut Seksyen 290 kanun sama di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hospital KPJ Ampang Puteri, dekat sini, antara pukul 2 hingga 3 petang, 25 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 30 Julai ini untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel (TIDO LOKAP) Mahkamah tidak benar jamin Jamal
Sekianlah artikel (TIDO LOKAP) Mahkamah tidak benar jamin Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (TIDO LOKAP) Mahkamah tidak benar jamin Jamal dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/07/tido-lokap-mahkamah-tidak-benar-jamin.html