Judul : Pensyarah Undang2 UIAM, Prof Dr. Sham: UMAT ISLAM WAJAR RASA BIMBANG
link : Pensyarah Undang2 UIAM, Prof Dr. Sham: UMAT ISLAM WAJAR RASA BIMBANG
Pensyarah Undang2 UIAM, Prof Dr. Sham: UMAT ISLAM WAJAR RASA BIMBANG
SHAH ALAM - Keresahan umat Islam terhadap pelantikan tiga jawatan penting dalam bidang perundangan di negara ini sebenarnya adalah wajar.
Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, keadaan itu berlaku apabila sebelum ini tidak pernah ada jawatan-jawatan utama dalam bidang perundangan dipegang oleh kaum lain.
Menurutnya, ia juga disebabkan fikrah cara berfikir yang ditonjolkan sebelum ini seolah-olah tidak berpihak kepada fikrah atau cara pandang dan berfikiran orang Islam.
"Di media sosial pula ramai kata jawatan ketua hakim ini tidak boleh menentukan undang-undang, dia tidak boleh buat undang-undang tetapi saya lihat dari segi perspektif Pas, NGO Islam sebenarnya mereka bimbang dengan fikrah itu.
"Bagi saya amatlah wajar untuk umat Islam menonjolkan pendapat, menyuarakan kebimbangan dan keresahan kerana bukannya hanya satu jawatan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian.
[ARTIKEL BERKAITAN:Tiga serangkai sektor judisiari resahkan umat Islam]
Sham Rahayu berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan mempersoalkan apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang mempunyai asasnya.
Katanya, mungkin dari keperlembagaan mungkin itu juga satu persoalan yang perlu dijawab.
"Bagi saya secara umumnya apa yang disuarakan oleh umat Islam yang tidak bersetuju dengan lantikan itu menunjukkan umat Islam itu masih sensitif dengan kedudukan agama Islam dan kedudukan Melayu.
"Saya harap ia tidak dipandang serong oleh mana-mana ahli masyarakat, maknanya umat Islam suarakan pandangan bersebab. Jika kita berfikiran terbuka perkara ini perlu diambil kira dengan perkembangan dan pendekatan penghakiman itu.
Mengulas mengenai dakwaan-dakwaan di media sosial, beliau berkata, ada yang menyatakan ketua hakim ini hanyalah simbolik dan tiada kuasa tetapi apabila dilihat dalam peruntukan perlembagaan ketua hakim juga mempunyai kuasa menasihati yang Yang Dipertua Agong (YDPA) bagi pelantikan hakim-hakim yang lain.
Katanya, kuasa itu juga sebenarnya ada kuasa yang besar kepada ketua hakim negara. - SH
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Pensyarah Undang2 UIAM, Prof Dr. Sham: UMAT ISLAM WAJAR RASA BIMBANG
Sekianlah artikel Pensyarah Undang2 UIAM, Prof Dr. Sham: UMAT ISLAM WAJAR RASA BIMBANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pensyarah Undang2 UIAM, Prof Dr. Sham: UMAT ISLAM WAJAR RASA BIMBANG dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/07/pensyarah-undang2-uiam-prof-dr-sham.html