PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !

PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !
link : PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !

Baca juga


PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !


KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) hari ini mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas kalah dalam kesemua lima kerusi yang ditandingi oleh parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu lalu.

Presidennya, Datuk Teo Chee Kang mengakui kekalahan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen itu adalah satu tamparan hebat kepada parti itu.

"Rakyat Malaysia telah bersuara menerusi undi mereka. Memandangkan mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia mahu perubahan dalam rejim, saya berbincang dengan majoriti ahli Majlis Tertinggi LDP dan konsensus umum adalah undur dan keluar dari BN," katanya dalam kenyataan di sini.

Teo berkata mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi parti akan diadakan pada jam 8 malam ini bagi mengesahkan keputusan menarik diri dari BN dan menentukan hala tuju parti selepas ini.

Pada PRU14, Rabu lalu, Teo kalah kerusi DUN Tanjung Kapor dalam persaingan lima penjuru dengan majoriti 2,992 undi. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN !

Sekianlah artikel PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14: Kalah Di Kesemua Kerusi, LDP "Umum Keluar" Daripada BN ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/05/pru14-kalah-di-kesemua-kerusi-ldp-umum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :