Hisbah akan umum calon bebas PRU14

Hisbah akan umum calon bebas PRU14 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hisbah akan umum calon bebas PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hisbah akan umum calon bebas PRU14
link : Hisbah akan umum calon bebas PRU14

Baca juga


Hisbah akan umum calon bebas PRU14



Hisbah akan umum calon bebas PRU14



Hisbah Centre of Reform (Hisbah) dijangka akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dalam waktu terdekat ini.

Timbalan Pengerusinya Syed Nazarudin Syed Aziz berkata, dengan meletakkan calon bermakna Hisbah akan terus memainkan peranan kecil di dalam mempastikan perjuangan melawan kerajaan kleptokrat berjaya.

“Hisbah ingin menjelaskan bahawa keputusan pembahagian kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang dimuktamadkan baru-baru ini tidak memberi kesan kepada keputusan Hisbah untuk bertanding di satu kawasan.

“Ini kerana Hisbah bukan sebahagian daripada PH dan kami tidak pernah dilibatkan di dalam sebarang bentuk kerjasama dan persefahaman bersama PH,” ujarnya dalam kenyatana hari ini.

Sebelum ini Hisbah dalam satu kenyataan telah menyatakan kesediaan Pengerusinya Datuk Mohamed Ezam Mohd Nor (gambar) untuk menjadi calon pilihan raya sama ada di Pekan dan Shah Alam dengan bekerja sama  dengan PH atau Pas.

Bagaimanapun  kini Hisbah akan meletakkan seorang calun bebas mewakilinya di dalam satu kawasan parlimen dan  dalam peringkat akhir mengenalpasti kawasan paling sesuai untuk memberi impak maksima kepada perjuangan institusi yang memerangi rasuah itu.

Tambah Syed Nazaruddin  lagi , Ezam sendiri akan mengumumkan secara rasmi keputusan Hisbah dalam satu majlis yang akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Pengerusi Hisbah sendiri akan mengumumkan secara rasmi keputusan rasmi Hisbah (calon pilihan raya) ketika melancarkan buku terbaru Hisbah mengenai rasuah al ghulul dan kecurian wang negara sedikit masa lagi.

“Kami juga sedia maklum terdapat tuduhan liar dilemparkan kepada Hisbah atas keputusan kami ini.

“Pertamanya, kami sedikitpun tidak terkesan kerana sudah lama dan lali dengan situasi seperti ini didalam perjuangan.

“Keduanya, sebarang keputusan kami berasaskan kepada prinsip kepentingan agama dan negara dan tidak sama sekali berasaskan kepentingan mana-mana pemimpin dan individu,” ujarnya.

Justeru katanya lagi,perjuangan Hisbah akan tetap fokus kepada usaha-usaha menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu Islam terhadap kewajiban bangkit melawan pemimpin yang jelas korup dan rasuah.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Hisbah akan umum calon bebas PRU14

Sekianlah artikel Hisbah akan umum calon bebas PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hisbah akan umum calon bebas PRU14 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/01/hisbah-akan-umum-calon-bebas-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :