SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak

SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak
link : SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak

Baca juga


SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak

 
Penyiasat SPRM menggeledah rumah pegawai polis berkenaan sebelum menemukan wang tunai hampir RM1 juta dan barang kemas di dalam kotak kasut serta peti besi.


reman-perak

IPOH: Tempoh tahanan reman ke atas seorang bekas ketua polis daerah di Perak serta isteri dan seorang ahli perniagaan wanita dilanjutkan 4 hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan salah laku.

Permohonan lanjutan tempoh reman ke atas pegawai lelaki berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) serta 2 wanita itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaludin.

Tempoh reman 5 hari ke atas ketiga-tiga individu berkenaan sejak 8 Disember lalu tamat hari ini.

Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi kemudian membenarkan ketiga-tiga individu tersebut disambung reman sehingga Sabtu ini (16 Disember) bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 16 (a)(A) ASPRM 2009.

Pegawai polis yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta isteri diwakili peguam Ashok Athimulan, manakala ahli perniagaan itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pegawai polis berumur 59 tahun, isterinya, 54, dan ahli perniagaan, 34, dibawa ke kompleks mahkamah pada jam 11.00 pagi oleh pegawai SPRM berpakaian lokap SPRM serta bergari bagi mendapatkan perintah lanjutan reman.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan 7 Disember lalu semasa hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak kira-kira pukul 7.30 malam.

Susulan tangkapan itu, pasukan penyiasat SPRM melakukan penggeledahan di rumah pegawai polis berkenaan sebelum menemukan wang tunai hampir RM1 juta dan barang kemas di dalam kotak kasut serta peti besi.

Menurut SPRM, ahli perniagaan itu disyaki mempunyai kepentingan dengan pegawai polis berkenaan ketika berkhidmat sebagai ketua polis daerah dan dipercayai wanita berkenaan memberikan RM70,000 untuk majlis perkahwinan anak pegawai itu pada Februari lalu.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak

Sekianlah artikel SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPRM lanjutkan reman bekas ketua polis daerah di Perak dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/12/sprm-lanjutkan-reman-bekas-ketua-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :