Judul : Himpunan solidariti Baitulmaqdis libatkan 250 NGO, parti politik
link : Himpunan solidariti Baitulmaqdis libatkan 250 NGO, parti politik
Himpunan solidariti Baitulmaqdis libatkan 250 NGO, parti politik
ANTARAPOSPUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kira-kira 250 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik telah memberi komitmen bagi menjayakan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmuqaddis di Masjid Putra, di sini Jumaat ini.
"Soal Palestin adalah soal kesejagatan dan kemanusiaan, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi sokongan kepada perhimpunan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhimpunan itu di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Justeru beliau juga menjangkakan seramai 10,000 orang akan menyertai himpunan bagi membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
Beliau dalam pada itu memberitahu, perhimpunan tersebut akan dimulakan dengan forum khas sebelum Solat Jumaat di Masjid Putra yang melibatkan Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr. Anwar H. Al Agha serta tokoh-tokoh politik dan NGO.
"Selepas Solat Jumaat, perhimpunan akan dimulakan dengan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan diikuti ucaptama dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Himpunan solidariti Baitulmaqdis libatkan 250 NGO, parti politik
Sekianlah artikel Himpunan solidariti Baitulmaqdis libatkan 250 NGO, parti politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Himpunan solidariti Baitulmaqdis libatkan 250 NGO, parti politik dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/12/himpunan-solidariti-baitulmaqdis.html