Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM

Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM
link : Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM

Baca juga


Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini, mempertahankan tindakan kerajaan mengekalkan pendakwah Zamihan Mat Zin dalam mengendalikan program pemulihan tahanan militan di Tapah, Perak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, berdasarkan rekod, Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) berjaya melakukan pemulihan akidah terhadap umat Islam yang terbabit dalam jenayah keganasan yang berat.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata walaupun tidak lagi dibenarkan berceramah di Selangor, kepakaran Zamihan dalam bidang pemulihan boleh digunakan untuk memulihkan individu yang menjadi pengganas atau yang berpotensi menjadi pengganas atau yang menyumbang kepada dana untuk melakukan keganasan.
Katanya, Zamihan adalah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang dahulunya dipinjamkan ke Kementerian Dalam Negeri sebagai pegawai yang menyemak penerbitan agama dan kini ditempatkan di penjara sebagai seorang pegawai yang melakukan pemulihan terhadap pengganas dan penjenayah.
"Kita mewujudkan manual dan prosedur operasi standard (SOP) program deradikalisasi dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan Perancis.
"Ustaz Zamihan adalah seorang pakar pemulihan itu dan mengikut rekod, kejayaan beliau untuk melakukan pemulihan akidah terhadap orang Islam yang terbabit dalam keganasan atau melakukan keganasan berat ini cukup berjaya.
"Ertinya beliau adalah aset untuk memulihkan akidah apatah lagi dalam mengembalikan kumpulan itu ke jalan yang benar dari segi agama, dan saya tidak fikir beliau harus dihukum dengan jawatan yang diberikan Jabatan Penjara itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Hari Inovasi Huawei Asia Pasifik (APIC) 2017 di sini, hari ini.
Timbalan Perdana Menteri diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya yang mempertikaikan tindakan Putrajaya membiarkan Zamihan yang diharamkan memberi kuliah di Selangor mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh di Tapah.
Latheefa dilaporkan berkata, pandangan ekstremis Zamihan sudah diketahui umum daripada isu dobi untuk Muslim saja sehingga mengkritik surau di Pulau Pinang kerana membenarkan mangsa banjir bukan Islam berlindung. - BH



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM

Sekianlah artikel Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zamihan aset, berjaya pulih pengganas - TPM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/zamihan-aset-berjaya-pulih-pengganas-tpm.html

Subscribe to receive free email updates: