Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor

Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor
link : Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor

Baca juga


Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor

 
Jumaah Majlis Diraja Johor mengesahkan tertuduh tidak pernah dilantik, dijadikan atau diiktiraf sebagai kerabat diraja Johor.


Rahim-Ramli-Nick-Tazuddin


PETALING JAYA: Johor menafikan suspek yang dijatuhi hukuman penjara 2 tahun dan didenda RM10,000 semalam kerana memukul petinju negara adalah kerabat diraja negeri itu.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menafikan sekeras-kerasnya tertuduh, Tunku Nick Tazuddin Syah Tunku Qadir, adalah kerabat diraja Johor.

“Kenyataan pada 22 September 2017 menekankan hak dan kuasa melantik, menjadi dan memasukkan seseorang sebagai kerabat diraja Johor termaktub di bawah Fasal 7(2)(e) Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
 “Jumaah mengesahkan tertuduh tidak pernah dilantik, dijadikan atau diiktiraf sebagai kerabat diraja Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam dilaporkan hukuman penjara terhadap Tunku Nick Tazuddin dikurangkan kepada 2 tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara, Muhammad Farkhan Mohd Haron.

Pada 28 Jun, 2013 Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun masing-masing terhadap Tunku Nick Tazuddin, Alex Foo Hee Wee dan Mohd Arif Husin selepas mendapati mereka bersalah terhadap pertuduhan mencederakan petinju negara itu di Jalan Molek 3/2, Taman Molek, Johor Bahru, antara 4.30 pagi dan 7.00 pagi pada 6 Mei 2012.

Dilaporkan Muhammad Farkhan, 29, pemenang pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos, patah rahang dan mengalami pelbagai kecederaan lain selepas dipukul sekumpulan lelaki.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor

Sekianlah artikel Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek pukul petinju negara bukan kerabat Johor dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/suspek-pukul-petinju-negara-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: