Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB

Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB
link : Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB

Baca juga


Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan berkaitan kes 1MDB memandangkan siasatan telah pun diambil tindakan oleh pihak berkuasa lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dalam jawapan bertulis kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata pihak berkenaan ialah Bank Negara Malaysia (BNM), polis, dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pua bertanyakan mengapa Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad pada Jun mengumumkan badan anti-rasuah itu tidak akan menyiasat kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam kontroversi 1MDB.
Walaupun SPRM tidak menyiasat 1MDB, badan itu menyiasat SRC International, dan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bank pusat itu dilaporkan mengenakan denda kompaun dan penalti RM115.8 juta ke atas 1MDB dan entiti di bawah syarikat itu dalam 2 tahun lalu.
Manakala polis menyiasat 1MDB bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah dan Seksyen 402 kanun yang sama kerana penipuan.
PAC membentangkan laporan Parlimen 106 halaman tentang 1MDB di Dewan Rakyat April tahun lalu. Laporan itu menonjolkan bagaimana lembaga pengarah 1MDB gagal memastikan pengurusan dana itu mematuhi amalan perakaunan terbaik.
Awal hari ini, Dewan Rakyat diberitahu polis menyerahkan semula kertas siasatan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam jawapan bertulis kepada Pua berkata polis sedang menunggu nasihat dan arahan selanjutnya daripada jabatan itu.
“Kertas siasatan polis berhubung siasatan ke atas 1MDB telah beberapa kali dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara dan dikembalikan semula dengan arahan untuk melaksanakan beberapa tindakan lanjut.
“Polis telah melaksanakan tindakan-tindakan siasatan yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara dan telah merujuk kembali kertas siasatan berkenaan ke Jabatan Peguam Negara.”
Pua bertanya mengenai status siasatan polis ke atas Shahrol Azral Ibrahim Hilmi, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, dan pegawai pengurusan berkaitan dalam perkara 1MDB – tindakan yang disyorkan PAC.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB

Sekianlah artikel Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putrajaya: SPRM tidak perlu siasat 1MDB dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/putrajaya-sprm-tidak-perlu-siasat-1mdb.html

Subscribe to receive free email updates: