Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara

Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara
link : Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara

Baca juga


Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara

MALAYSIAKINI



Kerajaan sentiasa memberi perhatian rapi terhadap isu pengurusan rumah api di Pulau Pisang, dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan wajar seandainya wujud sebarang elemen yang boleh menjadi ancaman kepada kedaulatan negara.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata langkah kawalan terhadap pulau yang terletak di perairan Pontian, Johor, itu dilaksanakan bagi memastikan aktiviti masuk dan keluar di pulau itu dipantau dengan ketat selaras dengan kedaulatan Malaysia ke atas pulau itu.

"Pulau Pisang merupakan hak mutlak Kerajaan Negeri Johor. Kerajaan British diberi kebenaran hanya untuk membina, mengendali dan menyelenggara rumah api di Pulau Pisang berdasarkan perjanjian bertulis atau 'indenture' yang telah ditandatangani oleh Almarhum Sultan Ibrahim dan Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir James Alexander Swettenham pada 6 Oktober 1900. Peranan ini diteruskan oleh kerajaan Singapura sehingga kini.

"Kakitangan kerajaan dan rakyat Singapura yang mengendali dan menyelenggara rumah api tersebut perlu mematuhi peraturan dan syarat kemasukan yang ditetapkan kerajaan termasuk mendaftar dengan Jabatan Imigresen di Kukup, Johor setiap kali pertukaran syif dan direkodkan. Proses yg sama juga digunakan setiap kali mereka meninggalkan rumah api di Pulau Pisang," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican berkata terdapat beberapa ‘kemungkinan’ yang menyumbang kepada kegagalan Malaysia melobi bagi menduduki kerusi di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) untuk penggal 2018-2020 berbanding empat Kumpulan Asia Pasifik ( APG).

Antaranya pengumuman pencalonan Malaysia bagi UNHRC bagi penggal berkenaan yang agak lewat berbanding negara-negara lain dan peluang menjadi lebih tipis apabila terdapat dua negara menarik balik komitmen mereka untuk menyokong pencalonan Malaysia, menyebabkan Malaysia tidak terpilih dengan kekurangan hanya dua undi.

"Walaupun Malaysia tidak dipilih, ia bukan kayu ukur kepada peranan dan imej negara dalam memperjuangkan hak asasi manusia di UNHRC. Selain itu, Malaysia masih boleh memainkan peranan penting selaku wakil APG dalam Kumpulan Perundingan bagi penggal April 2017–Mac 2018.

Malaysia masih boleh menyumbang secara membina, menyuarakan pendapat dan menyampaikan pendiriannya dalam isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan kepentingan negara melalui penglibatan Malaysia dalam perundingan tidak rasmi, dalam perundingan draf resolusi dan juga sesi mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB," katanya.- Bernama



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara

Sekianlah artikel Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pulau Pisang dikawal ketat demi keselamatan negara dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/pulau-pisang-dikawal-ketat-demi.html

Subscribe to receive free email updates: