Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah

Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah
link : Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah

Baca juga


Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bekas naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Othman mendakwa sudah memberi 'peringatan' kepada pucuk pimpinan mengenai Ahmad Faizal Azumu ketika dia hendak dilantik sebagai Pengerusi PPBM Perak.
 
Bagaimanapun Hamidah berkata pandangan itu tidak diendahkan malah dirinya pula dituduh gila jawatan.
 
Hamidah diminta mengulas tindakan 19 ahli PPBM Batu Gajah yang mengumumkan keluar parti hari ini kerana tidak senang dengan kepimpinan Ahmad Faizal.
 
"Apa yang terjadi pada hari ini telah saya bayangkan kepada pucuk pimpinan ketika mereka mahu melantik Faizal sebagai pengerusi (PPBM Perak). 
 
"Saya kurang yakin dengan kewibawaan dan kepimpinannya, kerana merasakan dia belum bersedia menerajui parti di peringkat negeri. Tambahan pula peluang Pakatan Harapan (PH) dan PPBM di Perak agak cerah.
 
"Faizal merupakan bekas pegawai khas Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika menjadi Menteri Besar Kedah. Orang politik terutama di kalangan Umno tahu Faizal adalah 'key man' kepada Mukhriz terutama ketika Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden Umno, Ketua Pemuda Umno. Faizal adalah orang kuat menjalankan kempen untuk Mukhriz.
 
"Malangnya saya telah disalah anggap, dituduh gila jawatan, gila kuasa, agen Umno dan pengkhianat," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Pelantikan Ahmad Faizal sebagai Pengerusi PPBM Perak yang baru tidak dipersetujui sekumpulan ahli parti itu di Batu Gajah sehingga mereka mengumumkan keluar parti.
 
Ketua Penaja PPBM Bahagian Batu Gajah, Mohd Shirin Adenan dipetik sebagai berkata beliau dan 18 yang lain mengisytiharkan keluar parti hari ini sekaligus bahagian tersebut dibubarkan.
 
Ahmad Faizal dilantik menggantikan Hamidah yang keluar parti September lalu.
 
PPBM kini dilanda kontroversi selepas satu demi satu pemimpin dan ahli keluar parti kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan mereka.
 
Parti yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad itu juga diancam dibatalkan pendaftarannya selepas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) memaklumkan Armada, iaitu sayap pemuda parti itu tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan PPBM.
 
Sementara itu Hamidah menafikan dirinya sebagai 'orang belakang' dalam tindakan 19 ahli keluar parti di Batu Gajah itu keluar parti pada hari ini.
 
"Terpulang apa orang hendak cakap. Yang penting inilah kebenaran. Jika perkara ini tak (masalah kepimpinan), orang tak akan ikut. Tambahan pula pada hari ini saya tidak ada jawatan, kecualilah saya ada jawatan atau kepentingan yang orang hendak ikut kerana sesuatu.
 
"Inilah realitinya, PPBM Perak sudah mati, apatah lagi pilihan raya sudah semakin dekat, tidak ada gerakan. Sebagai sebuah parti bukan sekadar ceramah tetapi kena ada gerak kerja dan jentera. Namun ia tak berlaku di PPBM Perak," tegas Hamidah.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah

Sekianlah artikel Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pimpinan PPBM 'tak layan' aduan tentang Ahmad Faizal, dakwa Hamidah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/pimpinan-ppbm-tak-layan-aduan-tentang.html

Subscribe to receive free email updates: