Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram

Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram
link : Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram

Baca juga


Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
RASAH: Seorang peniaga didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan menggunakan set parabola yang tidak diperakui seperti dikehendaki peraturan di sebuah rumah di Port Dickson dekat Telok Kemang dua tahun lalu.
 
Memetik laporan Utusan Malaysia, tertuduh Chook Soon Hup, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi.
 
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui mengikut Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
 
Dia didakwa mengunakan satu unit dekoder, satu unit piring parabola Antenna dan tiga unit penukar turun blok berhingar rendah (LNB) jenama Smartsat model ST-900B.
 
Soon Hup melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat PT 846, Taman Sentosa dekat Port Dickson kira-kira pukul 12.30 tengah hari pagi pada 3 September 2015.
 
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibacakan bersama Peraturan 16(3) dan boleh dihukum mengikut Peraturan 37, Peraturan-Peraturan sama.
 
Sabit kesalahan, boleh denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
 
Pertuduhan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Norhani Mohd. Adzhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram

Sekianlah artikel Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peniaga didenda RM10,000 pasang piring parabola haram dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/peniaga-didenda-rm10000-pasang-piring.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :