P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir

P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir
link : P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir

Baca juga


P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Bantuan khas sebanyak RM500 diumumkan kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini kepada mangsa yang terlibat dalam bencana banjir.
 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata bantuan khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta akan disalurkan kepada sekurang-kurangnya 100,000 isi rumah yang terjejas akibat banjir.
 
"Bantuan secara 'one-off' itu akan diberikan kepada mangsa banjir, tanpa dicampur dengan wang derma yang disumbangkan oleh orang awam, badan berkanun atau pihak lain.
 
"Jika ada sumbangan yang ingin disampaikan lagi, boleh lah dialamatkan kepada Pegawai Kewangan negeri atau Bendahari," katanya semasa menyampaikan ucapan khas di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
 
Guan Eng berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) juga akan mengecualikan surcaj konvergensi bagi satu kitaran, kepada semua pengguna selama dua bulan.
 
"Selain itu, PBAPP turut bersetuju untuk memberikan diskaun bil sebanyak 50 peratus kepada pengguna domestik dan 25 peratus kepada pengguna komersial selama dua bulan," katanya seperti yang dipetik BH Online.
 
Kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) juga akan memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 10 peratus kepada semua jenis hartanah di Pulau Pinang.
 
Potongan cukai pintu itu akan membantu rakyat Pulau Pinang berjimat sebanyak RM40 juta.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir

Sekianlah artikel P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel P. Pinang beri bantuan 'one-off' RM500 kepada mangsa banjir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/p-pinang-beri-bantuan-one-off-rm500.html

Subscribe to receive free email updates: