Judul : NGO bantah Saifuddin dilantik YDP Maipp
link : NGO bantah Saifuddin dilantik YDP Maipp
NGO bantah Saifuddin dilantik YDP Maipp
MALAYSIAKINI
Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP) membantah cadangan Kerajaan Pulau Pinang melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.
Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata Saifuddin tidak layak kerana tidak mempunyai latar berlakang agama selain tidak sesuai menjadi wakil Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan nasihat kepada baginda berlandaskan hukum dan nas al-Quran.
"Sepatutnya individu yang dilantik ke jawatan Yang Dipertua MAIPP mempunyai latar belakang agama dan mempunyai ketokohan memimpin umat Islam Pulau Pinang selaku wakil Yang di-Pertuan Agong.
"Individu ini tidak semestinya datang dari parti politik tertentu kerana Yang Dipertua MAIPP pernah disandang tokoh agama yang berkecuali," katanya pada sidang media di hadapan Komtar, lapor BH Online.
Semalam Malaysiakini melaporkan spekulasi Saifuddin bakal dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP menggantikan ADUN Permatang Pasir Datuk Salleh Man daripada PAS yang memimpin majlis itu sejak 2012.
Saifuddin kini berkhidmat sebagai penasihat stategik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Menurut sumber, lantikan itu kini bagaimanapun masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, difahamkan Naib Pengerusi Parti Amanah Negara, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dijangka dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua MAIPP dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Wan Ji Wan Hussin dilantik sebagai Ahli Majlis MAIPP.
Mohamed Hafiz turut membidas keputusan yang dikatakan dibuat Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang majoritinya adalah bukan Islam tanpa merujuk kepada mereka yang arif.
"Semua pihak tahu Wan Ji masih disiasat polis berhubung kenyataannya yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara.
"Jadi adakah kita mahu individu sebegini memimpin umat Islam Pulau Pinang, sedangkan terdapat ramai lagi tokoh yang sesuai," katanya.
Pengumuman pelantikan Saifuddin, Mujahid dan Wan Ji secara rasmi dijangka dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang sedang berlangsung sekarang.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel NGO bantah Saifuddin dilantik YDP Maipp
Sekianlah artikel NGO bantah Saifuddin dilantik YDP Maipp kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NGO bantah Saifuddin dilantik YDP Maipp dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/ngo-bantah-saifuddin-dilantik-ydp-maipp.html