Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung

Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung
link : Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung

Baca juga


Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung

SERI KEMBANGAN: Menteri pelancongan dan kebudayaan menyokong tindakan diambil terhadap hotel yang melarang pekerja wanitanya bertudung, termasuk cadangan menarik balik lesen pengusaha.
Datuk Seri Nazri Aziz berkata, larangan itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Memang betullah itu. Kita tidak boleh keluarkan syarat-syarat yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
“Perkara itu tidak boleh dihalalkan oleh undang-undang (yang dibuat) mereka.
“Jadi, mana-mana hotel yang keluarkan arahan begitu, dia harus tarik balik. Kalau tidak kita akan ambil tindakan terhadap mereka,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), hari ini.
Beliau mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang menyarankan pihak berkuasa tempatan menarik balik lesen pengusaha hotel antarabangsa itu.
Baru-baru ini, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) dalam suratnya kepada media mendedahkan ramai kakitangan hotel mengadu mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam di bahagian perkhidmatan pelanggan.
Sehubungan itu, UNI-MLC menggesa Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menangani isu diskriminasi ke atas pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung mereka.
Mengulas lanjut, Nazri berikrar akan mempertahankan orang bukan Islam, jika mereka berdepan diskriminasi sedemikian.
Beliau menggesa pekerja tanpa mengira agama atau kaum memaklumkan kementeriannya, jika mereka didiskriminasi majikan.
“Ini bukan soal orang Islam sahaja, orang Punjabi dan Sikh pun pakai serban.
“Sebab itu tak ramai kerja di situ. Sebab itu perkara menyebabkan ramai orang Punjabi dan Sikh tidak bekerja.
“Kita akan monitor. Kita harap mana-mana pekerja yang berdepan diskriminsi sedemikian akan maklum kepada kita.” #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung

Sekianlah artikel Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri Aziz Sokong Cadangan Tarik Lesen Hotel Yang 'Larang' Pekerja Bertudung dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/nazri-aziz-sokong-cadangan-tarik-lesen.html

Subscribe to receive free email updates: