Judul : Kerajaan PH di P.Pinang, Selangor Wajar BUBARKAN DUN serta merta
link : Kerajaan PH di P.Pinang, Selangor Wajar BUBARKAN DUN serta merta
Kerajaan PH di P.Pinang, Selangor Wajar BUBARKAN DUN serta merta
Siri : 1142
KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DI PULAU PINANG & SELANGOR WAJAR BUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SECARA SERTA-MERTA !!
NAJIB RAZAK AKAN SEMESTINYA JUGA TERCABAR BUBARKAN DEWAN RAKYAT DAN ADAKAN PRU-14 !!
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :
AsSalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Undang-undang Malaysia tidak menghalang mana-mana Kerajaan Negeri untuk memilih membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, dan memanggil Pilihanraya Negeri masing-masing bebas dari Pilihanraya Umum Negara yang ditetapkan atas keputusan Kerajaan Pusat.
2. Walhal, menurut peruntukan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
" Fasal 9 Jadual Kelapan (menurut Perkara 71) " -
" (1) Raja hendaklah memanggil Dewan Undangan dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.
(2) Raja boleh memprorog atau membubarkan Dewan Undangan.
(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Undangan hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah dibubarkan.
(4) Apabila Dewan Undangan bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh Dewan Undangan itu bubar dan Dewan Undangan yang baru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu. "
3. Dalam erti kata biasa, setiap Ketua Kerajaan Negeri, samada Menteri Besar ataupun Ketua Menteri boleh pada bila-bila masa mengikut budibicaranya memilih untuk mohon perkenan mengadap KeBawah Duli Sultan/Raja ataupun Yang Dipertua Negeri, bagi tujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing, dan kemudiannya pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah berkewajiban untuk mengadakan Pilihanraya di Negeri-negeri terbabit, menurut tempoh masa yang ditetapkan Perlembagaan dan Undang-undang negara, bebas daripada fakta samada PRU-14 untuk Kerajaan Pusat diadakan secara bersesama ataupun tudak
4. Di tahap kini, sesungguhnya jelas NAJIB RAZAK masih teragak-agak dalam membaca reaksi pengundi dan peluang Kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negara, jika PRU-14 diadakan dalam tempoh hujung November / awal Disember tahun ini.
5. Satu-satunya cara untuk memberi tekanan kepada NAJIB RAZAK berkaitan pengadaan PRU-14 secara serta-merta adalah sekiranya Kerajaan Negeri yang pada masa kini diperintah oleh pihak PAKATAN HARAPAN, yakni PULAU PINANG dan SELANGOR, samada secara sendiri, ataupun secara bersesama, memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, dan meletakkan keperluan Pilihanraya Negeri diadakan pada hujung November / awal Disember tahun ini, maka NAJIB RAZAK semestinya adalah tertekan untuk membuat pilihan seperti berikut : SAMADA -
(a) Untuk turut sama pohon perkenan KeBawah Duli YDP Agong untuk bubarkan Dewan Rakyat, dan teruskan dengan PRU-14 pada masa yang sama dengan negeri-negeri tersebut, walaupun Barisan Nasional masih belum bersedia dan tidak berani menghadapi PRU-14 secepat ini !!, ATAUPUN
(b) Untuk biarkan negeri-negeri tersebut teruskan dengan Pilihanraya Negeri masing-masing, tanpa pengadaan PRU-14 pada tempoh masa yang sama, dan dengan menghadapi risiko, sekiranya seperti yang dijangka, kedua-dua negeri itu masih dipegang oleh pemerintahan PAKATAN HARAPAN yang sama, maka Rakyat di seluruh negara akan peroleh semangat dan momentum kuat untuk teruskan kejayaan ke seluruh negara apabila PRU-14 diadakan kemudiannya, kelak !!
6. Justeru, sekiranya NAJIB RAZAK pada hakikatnya TIDAK BERANI untuk adakan PRU-14 dalam masa terdekat ini, maka dua (2) pemimpin PAKATAN HARAPAN berikut, iaitu, LIM GUAN ENG di Pulau Pinang dan AZMIN ALI di Selangor, hendaklah pohon perkenan Ketua Negeri masing-masing bagi tujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing seawal hari Isnin, 06.11.2017, yang mana semestinya akan menjadi satu CABARAN besar kepada NAJIB RAZAK untuk membuat satu keputusan seumpama "DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA", kelak !!
BERANI KERANA BENAR !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
Haniff Khatri
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kerajaan PH di P.Pinang, Selangor Wajar BUBARKAN DUN serta merta
Sekianlah artikel Kerajaan PH di P.Pinang, Selangor Wajar BUBARKAN DUN serta merta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan PH di P.Pinang, Selangor Wajar BUBARKAN DUN serta merta dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/kerajaan-ph-di-ppinang-selangor-wajar.html