Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir

Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir
link : Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir

Baca juga


Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Selangor berkata kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghina keturunan Bugis, tidak perlu dipolitikkan.
 
Sebaliknya menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi teguran terhadap Dr Mahathir boleh dilakukan secara tertutup dan tidak semestinya menerusi media.
 
Sambil menjunjung titah Sultan Selangor, beliau yang menyifatkan tindakan Dr Mahathir itu sebagai tidak seharusnya 'menyentuh' soal bangsa dan keturunan.
 
"Dalam hal-hal yang macam ini tidak perlu sangat nak dipolitikan. Bagi saya, soal teguran itu tidak perlu nak di kemuka dalam mana-mana media. Cukup lah saya rasa kalau Azmin Ali sebagai Menteri Besar boleh berhubung sendiri dengan Dr Mahathir dan menyatakan teguran itu.
 
"Kita PAS menyokong, menjunjung kasih atas titah Tuanku yang menyatakan kesedihan diatas penghinaan Mahathir kepada keturunan Bugis. PAS melihat bahawa kenyataan Dr Mahathir itu kalau pun dia nak sebut sifat buruk seseorang, kebencian dia jangan dikaitkan dengan soal bangsa soal keturunan," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
 
Apatah lagi ujar Sallehen, kenyataan yang dikeluarkan mantan perdana menteri selama 22 tahun itu, dilihat sekaligus turut menghina susur galur Kesultanan Selangor, yang dahulunya memperjuangkan dan mempertahankan keamanan di seluruh kepulauan Nusantara.
 
"Kesilapan dia ialah apabila Mahathir menyebut tentang kebenciannya kepada sikap seseorang. Maka, dikaitkan dengan keturunan. Yang salah itu bukan keturunan, yang salah ialah peribadi seseorang itu. Sebab itu bagi kita orang Bugis sendiri walaupun mempunyai sumbangan besar dalam soal mempertahankan tanahair di Selangor sebagai bumi yang berdaulat," tambahnya. 
 
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mencabar kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad selepas membuat kenyataan berbaur menghina terhadap kaum Bugis sehingga membangkitkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Ujarnya, ia harus dibuat atas kapasiti Azmin sebagai Menteri Besar dan demi menjaga maruah Sultan Selangor dan rakyat di negeri ini.
 
Dr Mahathir,  ketika berucap pada Himpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur pada 14 Oktober lalu menyifatkan Najib mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
 
Kenyataan itu mengundang bantahan dan kemarahan pelbagai pihak yang menuntut permohonan maaf, namun Dr Mahathir menafikan beliau berniat menghina semua keturunan Bugis.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir

Sekianlah artikel Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan politikkan teguran Sultan Selangor kepada Dr Mahathir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/jangan-politikkan-teguran-sultan.html

Subscribe to receive free email updates: