Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia

Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia
link : Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia

Baca juga


Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia


Anwar lagi 

KEADILAN DAILY


Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 28 orang ahli politik Muslim paling berpengaruh dunia dalam laporan The 500 Muslim: The World’s 500 Most Influential Muslim.

Laporan yang diterbitkan The Royal Islamic Strategic Studies Centre, Jordan itu meletakkan tokoh Reformasi itu pada tangga ke-27 ahli politik Muslim paling berpengaruh dengan tempat pertama diungguli Raja Salman Abdulaziz dari Arab Saudi.

Laporan itu mengumpulkan Muslim paling berpengaruh di dunia merentasi 13 kategori pengaruh iaitu kesarjanaan, politik, pentadbiran hal ehwal agama, pendakwah dan pembimbing kerohanian, kebajikan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, budaya dan seni, pembaca Quran, media, dan selebriti serta bintang sukan.

Presiden Pakatan Harapan merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terharu dengan pengiktirafan buat Anwar walaupun Anwar sehingga kini menghabiskan masa terkumpul dalam penjara selama hampir 10 tahun.

“Sumbangannya kepada pembangunan insan dan dunia Islam tidak dilupakan,” katanya menerusi akaun Facebook.

Selain Anwar dan Raja Salman, turut dinamakan dalam senarai itu adalah Raja Abdullah II dari Jordan, Presiden Turki Reccep Tayyip Erdogan, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Datuk Bandar London Sadiq Khan yang disenaraikan sebagai Persons of The Year.

Menurut laporan itu, senarai tersebut memberikan gambaran sebab individu-individu ini dianggap berpengaruh dan jenis-jenis keperluan manusia yang dipenuhi mereka berdasarkan pengaruh tersebut.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia

Sekianlah artikel Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar tersenarai antara 28 ahli politik Muslim berpengaruh dunia dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/anwar-tersenarai-antara-28-ahli-politik.html

Subscribe to receive free email updates: