Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah

Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah
link : Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah

Baca juga


Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah

 
Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 Zainnal Ajamain berkata ahli akademi benarkan ahli politik mengemudi institusi pengajian.


zainnal-ajmain-ma63-1


KOTA KINABALU: Seorang aktivis politik menuduh ahli akademi negara mengelak tanggungjawab memastikan hanya versi sejarah Malaysia yang tulen diajar di sekolah dan institusi pengajian tertinggi.

Zainnal Ajamain, yang menulis buku mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), bersetuju dengan tindakan K.S Jomo mengkritik ahli politik Malaysia Barat kerana jahil mengenai keperluan Malaysia Timur, tetapi menambah ahli ekonomi itu harus juga mengkritik ahli akademi.

“Kita mesti tuding jari pada ahli akademi yang membiarkan ahli politik merampas institusi pengajian tinggi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata perampasan itu membawa kepada pengajaran versi sejarah Malaysia yang meleding.
Zainnal mendakwa beliau mendapati ramai rakyat tidak pernah dengar atau baca mengenai MA63 secara keseluruhan.

Beliau menambah tiada satu pun universiti di negara ini yang mengalakkan pelajar belajar mengenai pembentukan Malaysia.

“Ahli akademi membiarkan sejarah sebenar dipadamkan daripada minda cendekiawan di universiti dan dari sekolah menengah dan sekolah rendah,” katanya.

“Sejarah yang dibaca hari ini mengajar anak-anak kita mengenai Tanah Melayu dan tamadun di situ, manakala sumbangan Sabah dan Sarawak sengaja dilupakan.

“Mungkin Jomo tidak sedar Malaysia tidak lagi digerakkan atas dasar federalisme tetapi unitari.”

Pada 4 November lalu, Jomo memberitahu forum di Kuala Lumpur bahawa Barisan Nasional dan parti pembangkang tidak sensitif kepada keperluan dan aspirasi Malaysia Timur dan jahil mengenai perasaan majoriti rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau mendakwa ahli politik Malaysia Barat tidak pernah menangani realiti federalisme secara serius dan tidak sepenuhnya mengiktiraf Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia dengan syarat yang lan daripada negeri di Tanah Melayu.

Zainnal, yang juga seorang ahli ekonomi berkata, MA63 beberapa kali dimungkiri dalam tempoh lebih 5 dekad.

“Kerajaan dan pembangkang di Malaysia sekarang ini percaya Parlimen itu tertinggi,” katanya.

“Mereka tidak lagi berpegang kepada ajaran bahawa Perlembagaan Persekutuan yang tertinggi. Jadi Parlimen boleh meluluskan undang-undang yang ia suka walaupun undang-undang itu tidak berperlembagaan.”



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah

Sekianlah artikel Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Aktivis MA63: Ahli akademi biarkan ahli politik rampas sejarah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/aktivis-ma63-ahli-akademi-biarkan-ahli.html

Subscribe to receive free email updates: