Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah

Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah
link : Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah

Baca juga


Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah

 
Sampel seperti balutan, kemeja dan seluar dalam Kim Jong Nam turut dikemukakan kepada pihak peguambela hari ini.


Shah-Mahmud-kim-jong-nam2

SHAH ALAM: Seorang pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu perbicaraan kes bunuh Kim Jong Nam yang ujian mendapati mangsa mengambil 6 jenis ubat merawat pelbagai penyakit termasuk ubat mati pucuk.

Ketua Bahagian Forensik HKL, Dr Mohd Shah Mahmood berkata penggunaan ubat itu dan beberapa ubat lain untuk merawat kencing manis, darah tinggi, dan gout dapat dikesan dalam darah Jong Nam, abang tiri kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un.

Warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam, Doan Thi Huong didakwa membunuh Jong Nam pada 13 Feb lalu. Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dr Shah menjawab pertanyaan peguam Siti Aisyah, Gooi Soon Seng, yang memintanya menyenaraikan jenis ubat di dalam tubuh Jong Nam, dalam usaha membuktikan terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan kematian, bukannya disebabkan serangan bahan kimia VX seperti didakwa sebelum ini.

Dr Shah, saksi ke-6 perbicaraan, berkata laporan Jabatan Kimia turut mendapati 5 sampel iaitu kapas muka, darah, plasma, air kencing dan lendiran mata adalah positif untuk agen saraf VX.

Bahkan, beberapa sampel lain seperti balutan (bandage), kemeja dan seluar dalam Jong Nam turut ditunjukkan kepada pihak peguambela.

Beliau menegaskan agen saraf VX itu tertumpu di bahagian muka dan mata.

“Antara lendiran mata dan kulit, kadar serapan agen saraf VX lebih cepat melalui lendiran mata,” katanya.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah

Sekianlah artikel Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ubat mati pucuk dalam darah Jong Nam, pakar beritahu mahkamah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/ubat-mati-pucuk-dalam-darah-jong-nam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :