“Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan”

“Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan” - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan”
link : “Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan”

Baca juga


“Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan”

THE MALAYSIAN TIMES



SHAH ALAM: Saksi perbicaraan kes bunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang daripada tertuduh, Siti Aisyah, dilihat melalui CCTV berlari ke arah tandas selepas ‘menyerang’ mangsa.

“Siti Aisyah berlari ke arah tandas di Aras 2, sambil ‘merenjis-renjis’ tangannya seolah-olah dia tengah kepanasan,” kata Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA Asisten Supritendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz.

Pegawai polis itu memberi keterangan pada perbicaraan kes bunuh Jong-nam, pada, 13 Feb lalu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Beliau berkata menurut pemerhatiannya, berdasarkan rakaman CCTV, didapati Siti Aisyah bergegas ke tandas melalui satu lorong selepas melakukan “serangan” ke atas Jong-nam.

Ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin semasa pemeriksaan utama, Wan Azirul Nizam berkata Siti Aisyah juga mengelak untuk memegang pemegang eskalator ketika turun dari Aras 3 ke Aras 2 untuk menuju ke tandas.

“Menurut rakaman CCTV lagi, Siti Aisyah keluar dari tandas sambil memakai skarf yang diambil keluar daripada beg galas,” katanya.

Beliau berkata tertuduh warga Vietnam Doan Thi Huong pula selepas melakukan “serangan” ke atas mangsa sama kelihatan tergesa-gesa beredar dari tempat kejadian dan pergerakan tangannya juga dilihat tidak selesa.

“Kedua-dua tangannya seperti menadah dan dia seolah-olah mengelakkan bahagian lengan bajunya daripada terkena tapak tangannya. Saya lihat wajahnya seperti cemas dan mahu keluar dari situ dengan segera.

“Daripada pemerhatian saya juga, Doan seperti sudah sedia maklum dan tahu apa yang dia perlu lakukan selepas serangan itu kerana dia bergegas ke tandas di Aras 2 iaitu anggaran jarak kira-kira 80 hingga100 meter dari tempat kejadian (Aras 3) ,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Wan Azirul Nizam berkata sebelum masuk ke dalam tandas, keadaan Doan masih seperti sama iaitu tangannya kadang-kadang terangkat, kadang-kadang ke bawah seperti mahu mengelakkan tapak tangannya terkena pada mana-mana bahagian badan atau pakaian.

“Dia yang masuk ke dalam tandas pada pukul 9.02 pagi bagaimanapun keluar selepas seminit dan tangannya seperti normal dan lebih relaks tetapi dia masih berjalan laju. Kemudian dia juga terus menuju ke Aras 1 iaitu di bahagian Hab Pengangkutan Awam sambil menggunakan telefon bimbit dan menuju ke pintu keluar dan menunggu untuk teksi.

“Rakaman CCTV juga mendapati Doan membeli tiket teksi di kaunter penjualan tiket pukul 6.59 pagi hari kejadian sebelum serangan itu,” katanya sambil menambah bahawa Doan sampai di tempat menunggu teksi, dan Siti Aisyah juga tiba di tempat berkenaan pada pukul 9.23 pagi dengan kelihatan cemas sebelum menaiki teksi,” katanya.

Menjawab soalan Wan Shaharuddin, saksi itu berkata Siti Aisyah juga berada di sebuah restoran ‘Bibik Heritage’ di Aras 2, bersama seorang lelaki memakai topi berwarna hitam sambil berbual-bual.

“Wanita itu juga kelihatan mesra.. lelaki itu memesan minuman dan semasa berbual, juga memberi sekeping tiket kepada Siti Aisyah pada pukul 8.14 pagi,” katanya.

Tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, didakwa bersama-sama empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2pada 9 pagi, 13 Feb lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok.–Bernama



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel “Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan”

Sekianlah artikel “Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Siti Aisyah berlari ke tandas sambil merenjis-renjis tangan” dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/siti-aisyah-berlari-ke-tandas-sambil.html

Subscribe to receive free email updates: