Judul : Semua aktiviti Invoke digantung, tunggu PRU November atau tidak
link : Semua aktiviti Invoke digantung, tunggu PRU November atau tidak
Semua aktiviti Invoke digantung, tunggu PRU November atau tidak
BORHAN AHMADSemua kempen yang melibatkan ceramah dan trak #BinaSemulaNegara digantung oleh Invoke sehingga awal November, kata pengasas Invoke, Rafizi Ramli.
Katanya, langkah ini dibuat memandangkan ada kemungkinan Parlimen boleh dibubarkan selepas Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2018 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 27 Oktober 2017 ini.
Sejak minggu terakhir Jun 2017, Rafizi dan rakan-rakan pimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat dan setempat telah memberi tumpuan mengadakan sesi penerangan kepada pengundi tempatan di kerusi-kerusi marginal di seluruh negara.
Berbeza dengan ceramah perdana yang biasa dianjurkan Pakatan Harapan, sesi penerangan begini dianjurkan dengan lebih cepat kerana menggunakan pentas lori yang lengkap dengan segala kemudahan siaraya (PA).
Lokasi yang dipilih selalunya adalah tempat-tempat awam yang membolehkan pengundi atas pagar mendengar sesi penerangan tanpa perlu datang menyertai orang ramai yang berkerumun di sekitar lokasi lori.
Setakat 30 September 2017, sesi penerangan begini telah diadakan di 40 kerusi parlimen marginal di seluruh Semenanjung Malaysia.
“Mengambil kira PRU14 boleh diadakan dalam bulan November, saya berpendapat sumber yang ada pada Invoke difokuskan kepada perancangan menyusun dan menggembleng tenaga di antara rakyat biasa (yang mendaftar dan menyertai Invoke sebagai sukarelawan), calon-calon yang sudah dikenal pasti oleh parti-parti PH dan jentera parti di kerusi-kerusi terbabit,” kata ahli parlimen Pandan itu.
Secara umumnya, Invoke memberi tumpuan kepada kempen lapangan iaitu menghubungi pengundi-pengundi atas pagar yang telah dikenal pasti menggunakan kaedah analytics yang dibangunkan INVOKE kerana pengundi begini tidak hadir ke acara-acara politik, katanya.
Namun begitu, katanya, kempen berbentuk acara dan penerangan (ceramah dan lain-lain) kekal diusahakan oleh parti masing-masing.
Invoke kini beroperasi dari ibu pejabat di Sungai Besi dengan 70 orang kakitangan dan 15 pejabat lapangan di seluruh Semenanjung Malaysia (dengan kehadiran di setiap negeri). 15 Regional Field Coordinator (RFC, atau Pengurus Lapangan) sepenuh masa ditempatkan di setiap pejabat lapangan.
Setiap RFC bertanggungjawab menguruskan kempen lapangan di 5 hingga 7 kerusi Parlimen/DUN di bawah jagaannya mengikut kaedah kempen yang dibangunkan Invoke.
Dalam fasa terakhir kempen PRU14 bagi kerusi-kerusi marginal yang dibantu Invoke, seorang Sub-Field Coordinator (SFC, atau Petugas Lapangan) yang diberi elaun bulanan akan dilantik untuk menguruskan kerja-kerja kempen lapangan di setiap kerusi Parlimen/DUN (dengan menggembleng tenaga sukarelawan dari kalangan rakyat biasa, calon yang bertanding dan jentera PH di kerusi tersebut).
Menurut Rafizi, tumpuan kempen lapangan Invoke di fasa terakhir ini adalah 3 aktiviti:
i. Memujuk pengundi atas pagar yang telah diprofail dan dikenal pasti dengan berkempen bersemuka dari rumah ke rumah (dipanggil kanvas atau CV)
ii. Memujuk pengundi atas pagar yang telah diprofail dan dikenal pasti dengan menelefon mereka (dipanggil phone bank atau PB)
iii. Melatih dan mensijilkan ejen tempat undi dan kira undi (PACA) yang mencukupi
“Oleh itu, saya akan mengurangkan masa menjelajah ke kerusi-kerusi Parlimen di seluruh negara dalam bulan Oktober ini sebagai persediaan menyusun sebaik mungkin persediaan pilihanraya untuk berkempen dengan pengundi atas pagar yang ditumpukan oleh Invoke,” katanya.
Sekiranya Parlimen tidak dibubarkan dan PRU14 tidak dipanggil dalam bulan November 2017, siri penerangan ke kerusi-kerusi marginal dengan lori #BinaSemulaNegara akan diteruskan seperti biasa
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Semua aktiviti Invoke digantung, tunggu PRU November atau tidak
Sekianlah artikel Semua aktiviti Invoke digantung, tunggu PRU November atau tidak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Semua aktiviti Invoke digantung, tunggu PRU November atau tidak dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/semua-aktiviti-invoke-digantung-tunggu.html