Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti

Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti
link : Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti

Baca juga


Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
TAPAH: Sembilan mangsa yang maut dalam kemalangan van dan lori ais di Kilometer 45, Jalan Ipoh-Teluk Intan, dekat sini, sudah dikenal pasti.
 
Mereka ialah pemandu van, Lew San Jau, 32 dan lapan penumpang kenderaan itu yang semuanya wanita iaitu Thong For Thye, 52;, Cheong Ka Yean, 55; Wong Yok Yen, 61; Yow Sam Mooi, 67; Cheong Moy, 68; Tang Kam Siew, 73; Liew Siew Fah, 81 dan Chong Moi, 82.
 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat negeri, Datuk Samsuddin Abu Hassan, berkata kerjasama antara pihak berkuasa dan hospital serta ahli keluarga mempercepatkan urusan pengecaman mayat mangsa.
 
Beliau yang juga ADUN Ayer Kuning, berkata kerajaan negeri bersimpati dengan kematian lapan wanita dan pemandu van yang membawa mereka bekerja di ladang sengkuang di Malim Nawar, Kampar, katanya dipetik BH Online.
 
"Kerajaan negeri menzahirkan simpati dan meminta ahli keluarga bersabar atas kejadian itu. Saya dimaklumkan mangsa (penumpang yang maut) bekerja di ladang sengkuang di Malim Nawar.
 
"Mereka adalah tenaga mahir untuk memangkas bunga sengkuang," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tapah, di sini, hari ini.
 
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.
 
Beliau turut mengumumkan sumbangan Kerajaan Perak sebanyak RM2,000 kepada setiap waris mangsa.
 
Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan, turut memaklumkan akan memberi RM1,000 kepada setiap waris berkenaan dan membantu keluarga mangsa dalam pengurusan mayat.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti

Sekianlah artikel Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sembilan mangsa maut di Tapah dikenalpasti dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/sembilan-mangsa-maut-di-tapah.html

Subscribe to receive free email updates: