Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM

Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM
link : Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM

Baca juga


Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan projek luar bandar di Sabah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mengesahkan sudah menyerahkan beberapa fail kepada agensi berkenaan.
 
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata SPRM telah mendapatkan dokumen mengenai projek bernilai RM1.6 bilion bagi pembinaan jalan dan bekalan air dari kementerian berkenaan. 
 
Memetik laporan Malaysiakini, Ismail juga berkata 'beberapa pegawai turut dipanggil SPRM'.
 
Bagaimanapun projek pembangunan di Sabah itu bermula sebelum Ismail mengambil alih portfolio kementerian berkenaan.
 
Pada 4 Oktober lalu, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 buah lokasi di Sabah.  
 
Semalam, SPRM menyita RM29 juta lagi dalam siasatan terbaru mengenai penyelewengan dana berkaitan projek di negeri itu.
 
Ismail dalam pada itu enggan mengulas kenyataan mantan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal yang mengatakan projek itu telah dianugerahkan menerusi tender terbuka.
 
Katanya, beliau menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk membuat keputusan, malah menambah, beliau tidak tahu sekiranya dokumen yang diberikan kepada SPRM akan menjejaskan Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).
 
Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama lima hari terhadap Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony, 46, dan ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52, bagi membantu siasatan kes rasuah tersebut.
 
Manakala di Mahkamah Majistret Putrajaya, seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian direman enam hari bagi kes yang sama. 




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM

Sekianlah artikel Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah projek luar bandar di Sabah: Kementerian serah fail pada SPRM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/rasuah-projek-luar-bandar-di-sabah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :