Judul : Pegawai Sekretariat MP Kota Raja maut kemalangan
link : Pegawai Sekretariat MP Kota Raja maut kemalangan
Pegawai Sekretariat MP Kota Raja maut kemalangan
ANTARAPOSSEPANG: Pegawai Sekretariat kepada Ahli Parlimen Kota Raja, Abd Majid Hassan, 59, maut selepas keretanya bertembung dengan sebuah lori tanah di Sungai Pelek di sini, hari ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Azrul Faizal Maariff, kemalangan berlaku apabila sebuah lori dari arah Sungai Pelek menuju ke Banting hilang kawalan lalu merempuh kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan kira-kira pukul 1.47 petang itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan dada.
"Pihak bomba yang tiba dengan jentera pemadam api jenis Light Fire Rescue Tender (LFRT) bersama Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa," katanya dipetik Utusan Online.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Pegawai Sekretariat MP Kota Raja maut kemalangan
Sekianlah artikel Pegawai Sekretariat MP Kota Raja maut kemalangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pegawai Sekretariat MP Kota Raja maut kemalangan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/pegawai-sekretariat-mp-kota-raja-maut.html