Judul : MIC akan pertahan kerusi Parlimen Cameron Highland
link : MIC akan pertahan kerusi Parlimen Cameron Highland
MIC akan pertahan kerusi Parlimen Cameron Highland
ANTARAPOSSEREMBAN: MIC mengesahkan parti itu akan tetap bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.
Ketua Penerangannya, Datuk V S Mogan berkata, perkara itu diputuskan presiden parti dan pihaknya akan mengikut segala arahan pucuk pimpinan parti.
“Keputusan telah dibuat dan kita (MIC) akan bertanding di Cameron Highlands pada PRU14 ini.
“Malah kita juga telah menerima sokongan daripada akar umbi bahawa calon MIC akan diletakkan di kerusi Parlimen Cameron Highlands,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Deepavali di Taman Rantau dekat sini, semalam.
Tambahnya, MIC telah meletakkan penyelarasnya di Cameron Highlands bagi melaksanakan program-program bersesuaian di sana bagi mendapatkan sokongan padu masyarakat di sana.
Mogan berkata, mengikut bancian yang dilakukan beberapa bulan lalu, sokongan akar umbi terhadap MIC semakin meningkat dan diharap ia akan berterusan sehingga ke hari mengundi.
Semalam Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Tan Sri M Kayveas berkata partinya mahu bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highland kerana mahu menuntut janji Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2000, sewaktu beliau menjadi perdana menteri.
"Sekiranya kamu tahu asal-usul kerusi Cameron Highlands, kamu akan menyedari kerusi itu harus kembali ke MyPPP.
"Perdana Menteri (Dr Mahathir) pada masa itu meminta saya bekerja di Cameron Highlands pada tahun 2000, jadi saya pun berkhidmat di kawasan itu sejak itu.
"(Sekarang) saya rasa masih perlu untuk saya kembali ke Cameron Highlands daripada minta kerusi orang lain. Saya masih anggap Cameron Highlands pada asalnya milik MyPPP dan ia telah diambil dan dimanipulasi MIC," katanya semalam.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel MIC akan pertahan kerusi Parlimen Cameron Highland
Sekianlah artikel MIC akan pertahan kerusi Parlimen Cameron Highland kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MIC akan pertahan kerusi Parlimen Cameron Highland dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/mic-akan-pertahan-kerusi-parlimen.html