MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan

MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan
link : MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan

Baca juga


MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan

MBPJ juga membenarkan perniagaan dan gerai dibuka di lokasi tunjuk perasaan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi'.
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini membenarkan penganjur tunjuk perasaan anti-kleptokrasi berhimpun di Padang Timur Petaling Jaya, Sabtu ini.
“Kita tiada halangan. Kita beri kebenaran kepada penganjur untuk adakan di Padang Timur. Jadi tidak ada isu dengan kita. Kita pemilik tanah itu,” kata Datuk Bandar Datuk Mohd Azizi Mohd Zain kepada pemberita, selepas Majlis Apresiasi Inovasi 2017 di Shah Alam hari ini.
“Malah program itu nak adakan perniagaan atau nak buka gerai…kita benarkan. Kita bagi permit,” tambahnya.
Semalam, polis berkata pihaknya tidak mengeluarkan permit kepada Pakatan Harapan yang mahu menganjurkan tunjuk perasaan “Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” di Padang Timur susulan bantahan penduduk setempat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mencadangkan penganjur supaya berhimpun di Stadium Kelana Jaya, kerana Padang Timur hanya boleh memuatkan 10,000 peserta. Presiden Amanah Mohamad Sabu percaya perhimpunan Sabtu ini boleh menyaksikan penyertaan 100,000 orang.
Azizi berkata MPBJ tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat. “Tidak ada. Semua tidak ada,” katanya.
Beliau juga berkata MPBJ akan mengerahkan anggota untuk menjaga kelancaran trafik. “Oleh kerana Padang Timur itu kawasan kita, kita akan pastikan penguatkuasa akan jaga lalu lintas.”

Bincang dengan polis
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau difahamkan penganjur tunjuk perasaan akan terus berjumpa dengan polis bagi mendapatkan permit.
“Daripada maklum balas dan laporan yang saya terima, mereka akan teruskan mengadakan perbincangan untuk menjamin keselamatan, tidak berlaku kesesakan dan tidak mengganggu penduduk sekitar kawasan itu,” katanya.
Azmin tidak mahu melayan pertanyaan mengenai rancangan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos menjual ikan pada hari himpunan.
“Jamal nak jual ikan? Nak kacau himpunan? Takkan lah saya kena respon isu sebegini. Kita baru bincang soal ‘smart tech’, ‘regional smart state’, ‘internet of things’. Janganlah letakkan wacana ke tahap begitu rendah.” - FMT


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan

Sekianlah artikel MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MBPJ: INI TANAH KAMI, tiada masalah buat himpunan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/mbpj-ini-tanah-kami-tiada-masalah-buat.html

Subscribe to receive free email updates: