Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis

Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis
link : Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis

Baca juga


Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis


KIRA-kira 30 tahun selepas Operasi Lalang, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan keputusan untuk menahan 106 individu dan menutup tiga akhbar merupakan keputusan polis semata-mata.

Malah beliau berkata mempunyai sedikit pilihan tetapi terpaksa menerima keputusan tersebut.

Namun, perspektif peribadinya terhadap kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu telah berubah mengikut peredaran masa dan keadaan.

"Apabila saya berada di dalam kerajaan, saya memarahi mereka kerana saya mahu menang dalam pilihan raya. Namun mereka tidaklah begitu teruk daripada yang disangka.

"Kini saya bersama-sama dengan mereka. Dan saya menjadi rapat dengan mereka," kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dipetik dalam satu temubual bersama sebuah portal dalam talian baru-baru ini.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir menandatangani perintah tahanan ISA.

Pengkritik berpendapat bahawa polis tidak boleh melakukan sebarang tangkapan tanpa mendapatkan tandatangannya.

Pada ketika ini, pendirian Dr Mahathir tetap kukuh.

Bekas Presiden Umno itu menegaskan bahawa operasi tersebut diputuskan oleh polis dan beliau tiada pilihan melainkan mengikuti nasihat mereka.

Dalam buku berjudul Conversations With Mahathir Mohamad: Doctor M: Operation Malaysia yang ditulis Tom Plate pada 2011, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beliau kecewa dengan tindakan tegas yang dilakukan pihak polis.

"Baiklah, saya akan mengendalikannya dengan cara berbeza kecuali polis mahu melakukan perkara ini kerana mereka mengatakan ia perlu.

"Saya sebenarnya bertemu dengan semua pemimpin pembangkang (sebelum ini) dan memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.

"Dan anda tahu apa polis lakukan? Polis tahan mereka. Kredibiliti saya terjejas," kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam buku tersebut.

Dr Mahathir dalam temubual itu baru-baru ini tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara polis melakukan penangkapan tersebut.

"Saya tidak bersetuju dengannya. Saya bertanya kepada polis untuk menerima bahawa kita perlu menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

"Polis tidak bersetuju. Saya terikat dengan nasihat keselamatan polis, tidak boleh menentang polis," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar turut memberitahu beliau bahawa sebagai Perdana Menteri beliau perlu mendengar nasihatnya berhubung isu keselamatan negara.

"Beliau kata begitu. Dan sebenarnya, saya tidak melawan polis kerana saya bergantung kepada mereka. Soal keselamatan adalah tugas polis.

"Jadi jika beliau berkata kita perlu tahan individu tertentu, maka teruskan. Namun selagi saya boleh membebaskan mereka secepat mungkin," kata Dr Mahathir. #sumber



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis

Sekianlah artikel Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/mahathir-dakwa-ops-lalang-30-tahun-lalu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :