Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini

Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini
link : Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini

Baca juga


Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Oktober ini untuk keputusan kes seorang penarik kereta yang berdepan pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isterinya 4 tahun lepas.
 
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Datuk Michael K L Chee di akhir kes pembelaan.
 
Koong Swee Kwan, 48, didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2.00 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati mandatori.
 
Koong juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh Cheong Mei Kuen, 50, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
 
Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Koong atas tuduhan membunuh Hussain dan hukuman penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba membunuh Cheong.
 
Bagaimanapun pada 14 Disember 2016, panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin mengetepikan sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap Koong dan memerintahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.
 
Dalam kejadian itu, Hussain maut manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini

Sekianlah artikel Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keputusan kes bunuh pengasas AmBank diketahui Jumaat ini dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/keputusan-kes-bunuh-pengasas-ambank.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :