Judul : KDN perinci alasan pengharaman 22 buku
link : KDN perinci alasan pengharaman 22 buku
KDN perinci alasan pengharaman 22 buku
Ketua setiausaha kementerian berkata semua penerbitan itu boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda.
PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberi penjelasan terperinci alasan mereka mengharamkan 22 buku daripada diterbitkan baru-baru ini.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata, semua 22 penerbitan itu diharamkan secara mutlak kerana kandungan yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, menggemparkan fikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kemoralan dan memudaratkan kepentingan awam.
“Secara keseluruhannya, semua penerbitan tersebut dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,” katanya.
Antara penerbitan yang diharamkan KDN ialah 10 terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Arab dan Korea kerana tidak menyertakan teks asal Al-Quran.
“Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI ke-110 memutuskan tidak harus menerbitkan dan mengedarkan terjemahan Al-Quran tanpa teks asal Al-Quran,” katanya.
Penerbitan terjemahan Al-Quran yang diharamkan ialah “Al-Quran Translation”; “The Meaning of The Glorious”; “Quran Korean Edition”; “The Meaning of The Holy Quran (Chinese Translation Edition)”; “The Meaning of Al- Qur’an (The Guidance for Mankind)”; “The Quran Modern English Translation” (640 muka surat); “Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu”; “The Quran Modern English Translation” (431 muka surat); “Terjemahan Al Quran Bahasa Melayu” dan “Translation of The Quran”.
Tambahnya, penerbitan terjemahan Al-Quran tanpa teks asal dan penterjemahan ke dalam bahasa lain wajib dilakukan mengikut ayat asal Al-Quran kerana terjemahan tanpa disertakan ayat asal tidak semestinya tepat, disebabkan penterjemahan perlu dilakukan mengikut kaedah bahasa Arab yang ada peraturan tertentu.
Selain itu, KDN turut mengharamkan penerbitan buku berkaitan teknik persetubuhan, “Tantra: The search for ecstacy” kerana isi kandungannya memuatkan lukisan dan arca posisi persetubuhan keterlaluan yang dilihat bertentangan dengan nilai murni dan tatasusila masyarakat Malaysia.
Buku “Aku _ maka aku ada” karya Faisal Tehrani pula diharamkan kerana penerbitan itu mengandungi fakta yang mengelirukan yang menjurus kepada fahaman Syiah dan liberalisme yang dikhuatiri memesongkan akidah umat Islam yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Penerbitan bertajuk “Sekitar masalah tariqat (Naqsyabandiyah)” dan “Meniti jalan hidayah: Menuju toriqah khotmul – Auliya” diharamkan kerana isi kandungannya mengandungi amalan ilmu tasawuf yang diselewengkan dan jelas bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Islam dan iman: Aturan-aturan pokok” dan “Islam kemodernan dan keindonesiaan” pula mengandungi unsur yang mengelirukan umat Islam dan menyalahi syariah yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan hadis.
Manakala penerbitan “Islam tanpa keekstreman: Berhujah untuk kebebasan” dan “Islam without extremes: A muslim case for liberty” karya sarjana Turki, Mustafa Akyol; “Wacana pemikiran reformis (Jilid I)” dan “Wacana pemikiran reformis (Jilid II)” karya Pengarah Islamc Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa; dan “Ulama yang bukan pewaris Nabi” karya Wan Ji Wan Hussin pula diharamkan kerana isi kandungannya mempromosikan idea liberalisme.
“Fakta dikupas menggunakan logik akal, mengandungi unsur-unsur penghinaan terhadap agama Islam dan jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar,” kata Alwi.
Komik bertajuk “Sapuman: Man of steal” pula diharamkan kerana memuatkan karikatur yang mungkin memudaratkan kepentingan negara.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel KDN perinci alasan pengharaman 22 buku
Sekianlah artikel KDN perinci alasan pengharaman 22 buku kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KDN perinci alasan pengharaman 22 buku dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/kdn-perinci-alasan-pengharaman-22-buku.html