HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran

HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran
link : HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran

Baca juga


HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran



KUALA LUMPUR, 30 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) mempertimbang untuk membawa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah ekoran kegagalan agensi terbabit untuk memberi respon tentang pendaftaran gabungan pembangkang itu.
Dalam respon kepada jawapan Kementerian Dalam Negeri mengenai pendaftaran terbabit, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menegaskan bahawa pihak ROS tidak boleh terus membisu.
“Sudah ada Pendaftar Pertubuhan yang baharu, Puan Surayati Ibrahim. Beliau sepatutnya membalas surat-surat kami dan memberitahu perkembangan terkini pendaftaran tersebut,” tegasnya dalam kenyataan.
“Kita tidak mahu melihat apa yang terjadi dalam kes DAP berulang kembali.
“Empat tahun baru ROS beri respon. ROS mesti menjawab notis kami. Jika tidak, mungkin kami perlu pertimbangkan mengambil langkah undang-undang untuk memaksa mereka memberi respon,” katanya yang juga Pengerusi Biro Guaman HARAPAN.
HARAPAN telah mengemukakan permohonan kepada pihak ROS pada 28 Julai lalu, disusuli surat memohon untuk berbincang pengenai pendaftaran tersebut pada 21 Ogos.
25 Oktober lalu, HARAPAN memberi notis kepada ROS supaya memberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari berkenaan pendaftaran gabungan empat parti DAP, PKR, Amanah dan PPBM.
14 Julai lalu, HARAPAN mengumumkan struktur kepimpinan utamanya yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, selain logo gabungan terbabit. Ia dilihat sebagai langkah proaktif dan mendapat respon positif pelbagai peringkat. – Roketkini.com


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran

Sekianlah artikel HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HARAPAN bawa ROS ke mahkamah jika enggan respon permohonan pendaftaran dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/harapan-bawa-ros-ke-mahkamah-jika.html

Subscribe to receive free email updates: