Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan

Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan
link : Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan

Baca juga


Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan


Fuziah 


KEADILAN DAILY


Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menyuarakan kebimbangannya tentang pengaruh pelaburan China di Kuantan.

Beliau berkata, ia tidak wajar dan berpotensi menggugat keselamatan negara.

Beliau mengulas laporan khas Malaysiakini berhubung pelaburan China menerusi Taman Industri Malaysia China Kuantan (MCKIP) dan pemilikan negara itu dalam Pelabuhan Kuantan.

“Membenarkan 40 peratus pegangan kepada satu syarikat milik negara asing boleh menggugat keselamatan negara kita.

“Wajarkah dan patutkah perkara ini di benarkan?” katanya dalam kenyataan.

Malaysiakini sebelum ini menerusi laporan khasnya melaporkan syarikat milik kerajaan China, Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd menguasai 49 peratus pegangan dalam MCKIP.

Syarikat sama juga turut memiliki 40 peratus pegangan dalam Pelabuhan Kuantan yang menghadap Laut China Selatan.

Menurut Fuziah, warga Kuantan berhak bimbang dengan perkembangan ini kerana risiko ancamannya “jauh lebih besar” berbanding pencemaran akibat perlombongan bauksit sebelum ini.

“Terminal ini boleh membenarkan kapal-kapal besar berlabuh. Siapa yang akan mengawal dan memastikan ia tidak menggugat keselamatan warga Kuantan dan rakyat Malaysia?”

Fuziah berkata, kerajaan pimpinan BN bertanggungjawab membenarkan China menguasai aset strategik negara.

“Bagaimana warga Kuantan boleh berasa selamat di saat 40 peratus (pegangan) pelabuhannya dikuasai syarikat milik negara asing?

“Kita mahukan pembangunan dan peluang pekerjaan, menambah jumlah perdagangan melalui Pelabuhan Kuantan. Tetapi perlukah kita berkompromi dalam isu keselamatan?” soalnya lagi.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan

Sekianlah artikel Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fuziah gusar dengan pelaburan China di Kuantan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/fuziah-gusar-dengan-pelaburan-china-di.html

Subscribe to receive free email updates: