Judul : Dr Kassim Ahmad meninggal dunia
link : Dr Kassim Ahmad meninggal dunia
Dr Kassim Ahmad meninggal dunia
ANTARAPOSPETALING JAYA: Penulis buku dan aktivis yang pernah didakwa menghina Islam, Dr Kassim Ahmad meninggal dunia pagi tadi.
Kassim, 84, meninggal dunia di Hospital Kulim selepas terlantar dalam keadaan koma.
Allahyarham menjalani rawatan untuk jangkitan paru-paru dan injap jantung tersumbat pada 16 September.
Beliau merupakan antara aktivis sosialis di Malaysia, dan pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia bersama Dr Syed Hussin Ali, lama sebelum parti itu bergabung dengan Parti Keadilan Nasional untuk menjadi PKR.
Beliau juga pernah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 5 tahun (1976-1981).
Kassim terkenal dengan karya “Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam, yang diharamkan kerajaan pada 1986.
Pada 2014, Kassim didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya kerana kenyataan pada sebuah seminar mengenai gagasannya yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Pada 7 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah membebaskan dan melepaskan Kassim selepas mengarahkan tuduhan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ditarik balik, selepas pihak pendakwaan meminta kes terhadap cendekiawan itu ditangguhkan kerana ketua pendakwaraya syariah belum dilantik.
Beliau turut berjaya mendapatkan pengisytiharan dari mahkamah sivil yang tindakan Jawi menahan dan mendakwanya sebagai di luar bidang kuasa agensi itu dan Perlembagaan Persekutuan.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Dr Kassim Ahmad meninggal dunia
Sekianlah artikel Dr Kassim Ahmad meninggal dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Kassim Ahmad meninggal dunia dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/dr-kassim-ahmad-meninggal-dunia.html