20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’

20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’ - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’
link : 20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’

Baca juga


20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’

THE MALAYSIAN TIMES
 


ALOR SETAR: Seramai 20 lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Pak Su’, yang aktif dalam kegiatan penyeluduan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand, antara 2015 hingga tahun ini.

Kesemua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Amernudin Ahmad. Namun, tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh.

Mereka ialah Fairus Hafiz Mohd Yusoff, 24, M. Murugan, 36,; Rosli Ariffin, 40, Sariman Idris, 42, Mohd Norhizam Zamzuri, 29, Faizol Sobri Romli, 29, Amirul Ashraf Hussain, 20, Muhamad Ashraf Aziz, 23, dan Faizal Azlyshah Romli, 33.

Selain itu, Aziz Othman, 56, Muhamad Asrun Amir Hussain, 23, Muhammad Luqman Hakim Zainal, 18, Nur Arif Norzaidi,19, Muhamad Amir Daud, 22, Norhasrul Izwan Noraini, 33, Joni Yakub, 37, Zamzuri Aziz, 22, Shamsol Long, 45, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, dan Mohd Rozaidi Sabu, 26.

Kesemua mereka dituduh menyertai kumpulan jenayah terancang itu antara 1 Januari 2015 hingga tahun ini di daerah Kubang Pasu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara lima sehingga 20 tahun.

Mahkamah tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin dan Mohd Izhanudin Alias manakala hanya Aziz diwakili peguam G. Ravishankar.–Bernama



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’

Sekianlah artikel 20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 20 lelaki didakwa anggota ‘Geng Pak Su’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/20-lelaki-didakwa-anggota-geng-pak-su.html

Subscribe to receive free email updates: