Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar

Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar
link : Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar

Baca juga


Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan semua rumah anak yatim dan pusat tahfiz di negeri itu yang tidak berdaftar supaya segera berbuat demikian atau berdepan tindakan.
Baginda bertitah pendaftaran pusat itu sama ada dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya pihak berkuasa dapat melakukan pemeriksaan keselamatan serta membolehkan penyaluran bantuan dilaksanakan dengan teratur, demi kebaikan penghuninya.
Titah baginda, soal pendaftaran tidak boleh diketepikan walaupun mungkin ada segelintir masyarakat berpandangan pusat jagaan anak yatim mahupun pengajian pendidikan Islam itu hanya melibatkan jumlah pelajar yang kecil.
“Jika hanya ada 10 orang sekalipun, isu keselamatan harus diberi keutamaan dan mereka berhak mendapat jaminan keselamatan terbaik.
Saya banyak kali menegur perkara ini. Jadi saya harap sebelum berlaku perkara tidak diingini, elok mereka berdaftar.
“Jangan berkompromi soal keselamatan. Bomba juga perlu mainkan peranan aktif melakukan pemeriksaan dan beri nasihat sewajarnya. Jangan bila sudah berlaku kejadian tidak diingini, baru hendak bertindak. Elok kita bertindak sekarang supaya tidak menyesal,” titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengurusan dan Pembangunan Anak Yatim Negeri Pahang 2017 yang dihadiri 350 pengusaha, sukarelawan dan ahli akademik yang aktif dalam kegiatan berkaitan anak yatim.
Baginda menambah kejadian kehilangan nyawa 23 orang termasuk 21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara akibat kebakaran pada 14 September lalu wajar dijadikan pengajaran semua pihak.
Tengku Abdullah bertitah berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat 2,078 anak yatim di negeri ini dan setakat ini, hanya 12 pertubuhan anak yatim bergabung di bawah Persatuan Anak Yatim Pahang (Pekaya) yang diterajui Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.
Tengku Abdullah turut menasihatkan ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab dalam memilih pusat jagaan anak yatim atau pusat tahfiz dengan memeriksa taraf pendaftaran dan aspek keselamatan pusat itu.
“Jangan terburu-buru dalam menghantar anak… kalau (pusat) tidak berdaftar susah untuk kita pantau keselamatan. Ibu bapa juga perlu pastikan kebajikan adalah sesuai dengan emosi serta perkembangan pembesaran anak,” titah baginda.
Tengku Abdullah juga mahu supaya penyaluran sumbangan kepada golongan anak yatim berjalan setiap masa, dan bukannya menunggu waktu tertentu seperti pada bulan Ramadan sahaja. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar

Sekianlah artikel Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah Arahkan Pusat Tahfiz Serta Rumah Anak Yatim Didaftar dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/09/tengku-abdullah-arahkan-pusat-tahfiz.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :