Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak

Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak
link : Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak

Baca juga


Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak


Harga murah antara sebab utama barangan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) menjadi pilihan pengguna.

Bagaimanapun, ia kini tidak dapat lagi dinikmati oleh orang ramai yang dihimpit oleh peningkatan kos sara hidup.
Tinjauan Malaysiakini di beberapa tempat di Lembah Klang mendapati kedai yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ia telah ditutup.

"KR1M akan ditutup buat sementara waktu.

“Segala kesulitan amat dikesali
," menurut notis yang ditampal pada kedai itu.

Malaysiakini difahamkan langkah sama turut diambil di Kelantan.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada langkah itu turut diambil di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
Seorang pekerja KR1M yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini bahawa penutupan itu hanyalah sementara, tetapi beliau tidak pasti tempohnya.
"Tutup buat sementara waktu tapi tak tahu sampai bila,” kata pekerja di Petaling Jaya itu yang sedang mengemaskan barang-barang jualan.

Beliau mendakwa pengurusan baru mungkin mengambil alih operasi kedai itu daripada pengendalinya Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd.

Dakwaan ini tidak dapat disahkan buat masa ini dan Malaysiakini sedang cuba menghubungi Mydin, pengurusan KR1M dan kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklum balas mereka.
Malaysiakini meninjau ke lima lokasi sekitar Lembah Klang – dua di Kuala Lumpur dan tiga di Pelaling Jaya – hari ini dan mendapati semuanya telah ditutup.


Kedai-kedai itu termasuklah di Pudu, Bandar Tun Razak, Desa Mentari, Kelana Jaya, Shah Alam dan Sunway Mentari.

Bagaimanapun, khir Julai lalu, Mydin dilapor berkata mereka rugi besar tetapi mengendalikan KR1M sebagai projek tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).
KR1M dirasmikan enam tahun lalu untuk mengurangkan beban rakyat selain membantu memasarkan produk pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS).
Malaysiakini sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan KR1M. - MK


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak

Sekianlah artikel Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedai 1Malaysia DITUTUP sementara, Projek ini diilhamkan oleh PM Najib Razak dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/09/kedai-1malaysia-ditutup-sementara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :