TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS

TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS
link : TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS

Baca juga


TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS


TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM DIGESA SIASAT DAKWAAN PIMPINAN PEMUDA PAS

Beberapa hari lalu tular berita tentang 'percakaran' melibatkan dua orang pimpinan Pas berhubung isu menerima wang daripada Umno. Seorang ahli Pas menerusi laman Facebooknya mendedahkan tentang dakwaan Pengarah Pilihanraya Pemuda Pas Malaysia, Nurul Islam Mohamed Yusof berhubung pendirian Presiden Pas Dato' Seri Abdul Hadi Awang berhubung hukum menerima wang daripada Umno.

Nurul Islam dikatakan mendakwa, Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Pas mengizinkan untuk mengambil wang daripada Umno. Mengikut laporan tersebut, Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam satu pertemuan dengan pimpinan Pemuda Pas baru-baru ini.

Namun, dakwaan Nurul Islam itu disanggah oleh Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Zaharudin Muhammad, beliau berkata Presiden Pas bukanlah seperti yang digambarkan oleh Nurul Islam. Zaharudin yang merupakan menantu kepada Abdul Hadi menegaskan, dakwaan Nurul Islam berupa fitnah yang berat terhadap Abdul Hadi.

Bak kata pepatah, "kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang". Kenyataan Nurul Islam yang merupakan bekas pegawai media Pejabat Presiden Pas itu sudah pasti mempunyai asasnya tersendiri hingga menuntut Abdul Hadi membuat pendirian sama ada boleh atau tidak menerima wang daripada Umno.

Dakwaan ini dilihat selari dengan pendekatan Pas ketika ini yang sangat lunak dan mesra dengan Umno. Dan dalam masa yang sama, Pas lebih 'bernafsu' menyerang Pakatan Harapan serta tidak mahu bersama dalam gabungan besar pakatan pembangkang.

Pas juga tidak lagi lantang menentang serta menyuarakan bantahan terhadap kepincangan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Umno BN sebaliknya lebih asyik memainkan isu yang memecahbelahkan kesatuan pembangkang. Pendekatan Pas ketika ini sangat menggembirakan Umno.

Lantaran itu, Pemuda AMANAH Nasional sangat mengharapkan isu ini diambil perhatian serius. Ini kerana, penyaluran dana kepada parti politik atas matlamat sesuatu adalah satu tindakan yang tidak beretika dan bercanggah dengan undang-undang.

Isu penyaluran dana tersebut menimbulkan spekulasi sumber kewangan Umno yang terpalit dengan penyelewengan skandal-skandal korupsi institusi dana awam seperti 1MDB, Felda dan Tabung Haji sehingga boleh menyalurkan sebahagian kepada sebuah parti politik. Persoalan yang menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat khususnya orang Islam di negara ini menuntut kepada siasatan segera sama ada wujud apa-apa pelanggaran peruntukan undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahupun Akta Pengubahan Wang Haram.

Oleh yang demikian, Pemuda AMANAH Nasional menggesa SPRM menyiasat dakwaan pimpinan Pemuda Pas Malaysia itu yang menggambarkan seolah-olah Pas telah menerima wang daripada Umno. SPRM perlu bertindak agar amalan penyaluran wang secara tidak beretika ini dapat dibendung sebelum ia membarah.

Menggalas Harapan Perubahan
#PemudaBekerja
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
8 Ogos 2017
--------------------------------
Rujukan:


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS

Sekianlah artikel TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TERIMA DUIT DARIPADA UMNO: SPRM digesa siasat dakwaan Pimpinan Pemuda PAS dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/terima-duit-daripada-umno-sprm-digesa.html

Subscribe to receive free email updates: