Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan

Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan
link : Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan

Baca juga


Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan

 
SPRM berkata pembatalan reman menjejaskan proses siasatan berhubung penglibatan Phee dan 2 lagi dalam operasi kilang haram di Sungai Lembu.


macc-phee-3


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan perintah reman 5 hari terhadap Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan 2 yang lain.

Menerusi satu kenyataan, SPRM berkata pihaknya menghormati keputusan mahkamah tetapi akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

“SPRM memandang serius perkara ini kerana keputusan tersebut menjejaskan proses siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung penglibatan Phee dan 2 lagi yang disyaki terlibat dalam operasi kilang haram di tanah pertanian di Sungai Lembu,” menurut kenyataan itu.

Hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membatalkan tempoh reman terhadap Phee bersama pengarah dan pengurus kilang haram yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Georgetown pada Sabtu lalu.

Abdul Wahab mendapati perintah reman itu melanggar Seksyen 117(5) Kanun Tatacara Jenayah.

“Perkataan ‘hendaklah’ dalam subseksyen 5 bermaksud mandatori, dan responden tidak menyerahkan hujah sebaliknya. Pemohon dinafikan keadilan asasi. Saya dengan ini mengetepikan perintah reman Mahkamah Majistret,” katanya dalam penghakimannya.

Subseksyen itu menyatakan majistret yang memutuskan tempoh tahanan reman perlu membenarkan tertuduh mewakili dirinya atau melantik peguam sendiri.

Peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer yang mewakili Phee berkata, mereka tidak diberi peluang oleh penolong kanan pendaftar Mahkamah Majistret pada Sabtu lalu untuk menyampaikan hujah mereka.

Ramkarpal berhujah penolong kanan pendaftar Mahkamah Majistret membenarkan reman 5 hari tanpa mendengar pembelaan peguam tertuduh.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan

Sekianlah artikel Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak puas hati batal reman, SPRM akan kemuka rayuan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/tak-puas-hati-batal-reman-sprm-akan.html

Subscribe to receive free email updates: