Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang

Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang
link : Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang

Baca juga


Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang

 
Salah seorang suspek, berusia 18 tahun, mempunyai rekod jenayah dan terlibat dalam perbicaraan rogol yang sedang berjalan, kata sumber kepada sebuah portal berita.


arrest


PETALING JAYA: Tiga remaja yang disyaki terlibat dalam kekecohan di forum “Nothing to Hide 2.0” anjuran PPBM semalam didakwa dibayar RM50 setiap seorang.

Portal The Malaysian Insight, memetik sumber yang rapat dengan siasatan polis, berkata trio berusia 17 hingga 19 tahun itu dibayar untuk menghadiri forum itu, dan sebahagian dari kumpulan yang berkumpul di Setiawangsa sebelum acara bermula pada 4.00 pm, di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Dilaporkan pemuda terbabit diberi kemeja T berlogo PPBM.

Dua daripada 3 suspek kini dalam tahanan reman 4 hari, dan merupakan pelajar kolej swasta di Shah Alam, kata ketua polis daerah Shafien Mamat pada sidang media semalam.

Ketiga-tiga suspek disiasat di bawah Seksyen 15(2)d Akta Perhimpunan Aman, Seksyen 153 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan dan Letupan dan Senjata Berbahaya.

Menurut portal itu, pemeriksaan latar belakang polis mendapati salah seorang dari suspek, berusia 18 tahun, mempunyai rekod jenayah dan kini terlibat dalam perbicaran rogol yang sedang berjalan.

Mereka bertiga ditahan selepas kekecohan di forum “Nothing to Hide 2.0”. yang menampilkan sesi terus-terang dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan itu sedang mengambil soalan dari hadirin apabila tiba-tiba 2 suar dibaling ke arahnya.

Kekecohan berlaku apabila dewan dipenuhi asap dan dikatakan kejadian tumbuk-menumbuk turut berlaku. Beberapa ahli PPBM dikatakan bergegas ke pentas untuk melindungi ahli politik berusia 92 tahun itu.

Forum itu dianjurkan Pemuda PPBM sebagai platform untuk Dr Mahathir menjawab kritikan terhadapnya secara terbuka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang turut dijemput untuk berdebat dan mengajukan soalan kepada Dr Mahathir tidak hadir.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang

Sekianlah artikel Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek kekecohan forum ‘Nothing to Hide’ dibayar RM50 seorang dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/suspek-kekecohan-forum-nothing-to-hide.html

Subscribe to receive free email updates: