Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah
link : Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

Baca juga


Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

SINAR ONLINE

Jamil Khir Baharom
Jamil Khir Baharom


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) bagi tujuan memperkasakan sistem perundangan Syariah secara keseluruhan selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Beliau berkata inisiatif itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam usaha memperkasakan Mahkamah Syariah secara holistik demi kepentingan umat Islam dan keprihatinan kerajaan terhadap semua input yang diterima daripada semua pihak.

"JKMMS merupakan satu platform yang berwibawa bagi menambah baik sistem perundangan kehakiman syariah sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jamil Khir berkata beberapa kluster akan diwujudkan di bawah jawatankuasa ini membincangkan perkara berkaitan pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah; cadangan pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355);  pengurusan dan penstrukturan Mahkamah Syariah; latihan hakim dan pegawai syariah; pendidikan undang-undang syariah; dan hal ehwal berkaitan peguam syari'e.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan akan dianggotai wakil majlis agama Islam negeri-negeri, ahli akademik, wakil Jabatan Peguam Negara dan aktivis masyarakat, mantan pimpinan tertinggi sektor awam serta tokoh-tokoh berwibawa dalam hal perundangan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. - Bernama



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah

Sekianlah artikel Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Setuju tubuh jawatankuasa perkasa mahkamah syariah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/setuju-tubuh-jawatankuasa-perkasa.html

Subscribe to receive free email updates: