Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna

Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna
link : Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna

Baca juga


Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna

 
Pejabat Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tawau menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya terdapat sayur plastik dijual di sebuah pasar raya di sini.


sayur-plastik

PETALING JAYA: Selepas negara dihebohkan dengan kemunculan beras plastik dan bihun awal tahun ini, kini sayur plastik pula muncul.

Hari ini, Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Tawau Sam Aminuddin menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya terdapat sayur plastik dijual di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah.

Dipetik Bernama, beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas pasar raya tersebut pada Jumaat lepas, kira-kira pukul 9 pagi menunjukkan tiada sayur plastik dijual seperti didakwa.

“Pembekal sayur kepada pasar raya berkenaan turut dikenal pasti dan turut dipanggil selepas tular dakwaan sayur plastik dijual,” katanya.

Kelmarin, pemilik akaun Facebook ‘Nurul Syamia’ telah memuat turun gambar serta status menyebut sayur plastik di Century Department Store Sdn Bhd di Batu 3.

Sementara itu, Penolong Pengurus, pasar raya itu Hon Hock Jiang kesal dengan maklumat tidak betul yang ditularkan kerana boleh menjejaskan nama baik pasar raya berkenaan.

“Para pengguna di daerah ini, diharap agar lebih bertanggungjawab dalam melabelkan sesuatu produk, kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada perniagaan,” katanya.

Jun lalu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mendapati tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras cap Rambutan Super Special Tempatan 5% berdasarkan keputusan awal ujian yang dijalankan.

Kementerian itu berkata pemeriksaan dan siasatan dilakukan terhadap kilang beras jenama berkenaan di Mergong, Alor Setar susulan video tular yang mendakwa beras berkenaan sebagai beras plastik.

“Beberapa siri ujian telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak,” katanya.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna

Sekianlah artikel Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas beras plastik, sayur plastik hantui pengguna dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/selepas-beras-plastik-sayur-plastik.html

Subscribe to receive free email updates: