Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum

Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum
link : Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum

Baca juga


Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum

ANTARAPOS.COM

Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom


YAN - Sekolah-sekolah aliran agama persendirian di seluruh negara digalakkan  menerapkan aspek kokurikulum khususnya sukan dalam kalangan pelajarnya sebagai nilai tambah sebelum  mereka memasuki alam pekerjaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata penglibatan pelajar-pelajar terbabit dalam aktiviti sukan juga dilihat berupaya membuka ruang melahirkan atlet sukan.

"Aspek kokurikulum sekolah agama ini...kita masih lagi menggalakkan...sebab kadang-kadang kawasan terhad di sekolah, tidak mempunyai padang atau dewan permainan, yang menjadi faktor kekangan kokurikulum tidak menjadi subjek tumpuan pihak sekolah.

"Namun di peringkat kerajaan dan Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), kita adakan sukan peringkat kebangsaan untuk sekolah-sekolah agama, sebab nak tonjolkan supaya ada kesedaran untuk pelajar beriadah dan bersaing dalam sukan, sekali gus mengajak sekolah-sekolah untuk terlibat dalam melahirkan atlet-atlet sukan di peringkat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Sekolah Pondok Berdaftar dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Zon Utara 2017 di Pejabat Agama Daerah Yan, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha dan Mufti Negeri Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata sehingga kini masih banyak sekolah-sekolah aliran agama persendirian yang belum berdaftar menyebabkan bantuan sewajarnya tidak dapat disalurkan oleh kerajaan.

"Saya tidak pasti alasan mereka, mungkin pihak pengurusan tidak begitu prihatin, atau mereka mempunyai dana mencukupi, atau mungkin juga tiada dana yang cukup tetapi disebabkan tidak memahami keadaan, menjadi faktor mereka tidak berdaftar dengan kerajaan negeri masing-masing," katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Jamil Khir turut menyerahkan peruntukan bantuan berjumlah RM10,184,000 kepada 18 sekolah pondok berdaftar dan 26 SMAR di negeri Kedah serta bantuan berjumlah RM2,399,000 kepada empat sekolah pondok berdaftar dan tujuh SMAR di Pulau Pinang.

Bantuan itu termasuk dalam peruntukan RM50 juta bagi tujuan pembangunan SMAR dan sekolah pondok serta RM30 juta untuk pembangunan sekolah tahfiz di seluruh negara yang diumumkan dalam Bajet 2017, ke arah peningkatan mutu pendidikan masing-masing. - Bernama



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum

Sekianlah artikel Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekolah agama persendirian digalak terap kokurikulum dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/sekolah-agama-persendirian-digalak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :