SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI

SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI
link : SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI

Baca juga


SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI

shahbudindotcom

Apa lagi nak dikata, kalau bukan inilah bukti paling sahih lagi nyata bahawa 1MDB sebenarnya tiada wang dalam kantungnya.

Hutang kepada IPIC berjumlah AS$603 juta atau RM2,600 juta yang sepatutnya dibayar pada 31 Julai lalu tak dapat dilaksanakan, kemudian ditangguhkan selama lima hari juga tak mampu dilunaskan.

Kini diberikan pula tarikh baru sehingga 31 Ogos. Dulu, minta tangguh lima hari konon kerana masalah teknikal, kali ini tertangguh sampai 31 Ogos, apa pula alasannya?

Kenapa tak mengaku saja duit tiada?

Tapi kali ini pun tak tahu sama ada sama bayaran boleh dilunaskan atau mungkin akan tertangguh sekali lagi.

Jika sudah dua kali penangguhan dibuat kerana tidak mampu membuat bayaran, tidak mustahil janji pembayaran pada 31 Ogos nanti juga akan dimungkiri.

Orang yang tiada wang, tapi suka berlagak macam banyak wang memang suka bertangguh-tangguh membayar hutang. Sekali dua dapat menangguh, bukanlah pelik jika mereka terus menangguhnya buat kali ketiga dan seterusnya.

Ketika IPIC memberi penangguhan selama lima hari dulu, mereka menyatakan jika tertangguh sekali lagi ia akan menyebabkan 1MDB terikat dengan obligasi tambahan yang mungkin berupa beban caj akibat kegagalan tersebut.

Oleh itu, dengan penangguhan yang agak lama iaitu sehingga 31 Ogos, sudah pasti caj tambahan yang terpaksa dibayar bukanlah kecil jumlahnya.

Jumlah RM2,600 juta yang perlu dibayar kepada IPIC itu adalah bersamaan dengan jumlah wang yang pernah mengalir masuk ke dalam akan peribadi Najib Razak sebelum ini.

Selepas bayaran pada 31 Ogos nanti, itu pun jika wang benar-benar sudah ada,1MDB perlu membayar sekali lagi dengan jumlah yang sama iaitu AS$603 juta atau RM2,600 juta kepada IPIC pada 31 Disember akan datang.

Dengan itu, 31 Ogos dan 31 Disember depan adalah tarikh yang terus mendebarkan buat kita semua, kalau pun tidak sekali lagi memalukan Malaysia di mata dunia setelah skandal 1MDB di tahun-tahun kebelakangan ini sudah banyak diperkatakan di seluruh dunia. 

Hmmm...itu pun masih ada yang tak malu-malu mengaku berpuas hati dengan penjelasan Arul Kanda mengenai pelan rasionalinasi 1MDB.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI

Sekianlah artikel SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SAH 1MDB TIADA WANG, TAK MUSTAHIL JANJI BAYARAN 31 OGOS JUGA BAKAL DIMUNGKIRI dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/sah-1mdb-tiada-wang-tak-mustahil-janji.html

Subscribe to receive free email updates: