Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan

Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan
link : Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan

Baca juga


Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam orang awam termasuk seorang kakitangan institusi kewangan berjawatan Pembantu Jualan kerana terlibat dalam kegiatan rasuah berjumlah RM50,000.
 
Menurut SPRM, perbuatan rasuah itu dilakukan kesemua suspek berusia 29 hingga 33 tahun sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi seorang guru.
 
Katanya, seramai empat suspek termasuk seorang wanita yang ditahan sekitar Rompin, Pahang dan Permas Jaya, di sini kelmarin kerana dipercayai terlibat meminta rasuah telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari dari Mahkamah Majistret di sini hingga 15 Ogos ini.
 
Sementara dua lagi wanita termasuk seorang daripadanya merupakan Pembantu Jualan yang ditahan di sebuah rumah di Permas Jaya di sini semalam mendapat perintah tahanan reman daripada mahkamah sama selama lima hari hingga Isnin ini.
 
"Siasatan awal yang diperolehi oleh pasukan siasatan dengan kerjasama pasukan dari unit integriti institusi kewangan tersebut mendapati suspek-suspek tersebut telah terlibat meminta wang rasuah sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi yang melibatkan jumlah RM190,000," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
 
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan tersebut.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan

Sekianlah artikel Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah: Enam ditahan termasuk kakitangan institusi kewangan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/rasuah-enam-ditahan-termasuk-kakitangan.html

Subscribe to receive free email updates: