Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean

Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean
link : Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean

Baca juga


Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean

 
Dua puluh tujuh menteri luar negeri dari Asean akan rakan dialog seperti Jepun, Amerika Syarikat, India, Kanada dan Rusia akan bersidang di Manila bermula Jumaat hingga Selasa.


Maoist


MANILA: Pihak keselamatan Filipina memantau sekumpulan bekas pembunuh upahan Maoist yang menyertai militan Islam sebagai kemungkinan ancaman kepada mesyuarat ulangtahun ke-50 menteri-menteri luar negeri Asia Tenggara minggu ini, kata ketua polis Manila hari ini.

Dua puluh tujuh menteri luar negeri dari Asean akan rakan dialog seperti Jepun, Amerika Syarikat, India, Kanada dan Rusia akan bersidang di Manila bermula Jumaat hingga Selasa.

Ketua Polis Metro Manila Oscar Albayalde berkata tiada ancaman khusus setakat ini, tetapi polis sedang memantau beberapa orang “Balik-Islam”, atau bekas penganut Kristian yang memeluk agama Islam. Mereka merupakan bekas pembunuh upahan kumpulan komunis Briged Alex Boncayao, atau ABB, iaitu sekumpulan pembunuh upahan yang aktif pada 1980an.

Beliau berkata mereka menyertai kumpulan militan pro-IS di Filipina dan mungkin merancang untuk mengganggu mesyuarat menteri luar itu nanti.

“Kami sedang memerhatikan beberapa kawasan yang mempunyai penduduk Islam yang ramai,” katanya.

Antara kawasan itu ialah Quiapo, sebuah daerah komersial berhampiran kawasan istana presiden, di mana sebiji bom mencederakan 14 orang semasa sidang pemimpin Asean pada April. Pihak berkuasa berkata motif kejadian ialah pertikaian peribadi.

Pihak keselamatan dalam keadaan paling berwaspada sejak perikatan militan pro-IS mengepung bandar Marawi pada 23 Mei. Pertempuran masih berlarutan dan meragut 650 nyawa, kebanyakannya militan.

Albayalde berkata walaupun ABB kumpulan yang kecil dan sudah lama tidak aktif, penukaran agama beberapa ahli kumpulannya masih perlu dipantau.

Filipina mengerahkan 13,000 anggota polis untuk menjaga keselamatan 1,700 perwakilan.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean

Sekianlah artikel Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Filipina pantau pembunuh upahan IS menjelang mesyuarat Asean dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/polis-filipina-pantau-pembunuh-upahan.html

Subscribe to receive free email updates: